PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w17 November ms. 18-19
  • ‘Orang yang Murah Hati Akan Diberkati’

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • ‘Orang yang Murah Hati Akan Diberkati’
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
  • Bahan yang Berkaitan
  • “Pekerjaan Ini Sangat Besar”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Tunjukkan Penghargaan atas Kemurahan Hati Yehuwa
    Menara Pengawal—2015
  • Orang Berkecukupan Membantu Orang Berkekurangan
    Menara Pengawal—2012
  • Yehuwa Memberkati Semangat yang Rela
    Menara Pengawal—2014
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
w17 November ms. 18-19
Hana membawa anaknya Samuel ke khemah suci

‘Orang yang Murah Hati Akan Diberkati’

KORBAN merupakan bahagian yang penting dalam ibadat sejati. Orang Israel mempersembahkan korban binatang, manakala orang Kristian “mempersembahkan puji-pujian sebagai korban kepada Tuhan.” Namun, terdapat korban-korban lain yang disenangi Tuhan. (Ibr. 13:15, 16) Korban-korban ini membawa sukacita dan berkat, seperti yang ditunjukkan dalam contoh berikut.

Hana, hamba Tuhan pada masa lampau, sangat menginginkan anak, tetapi dia mandul. Dalam doanya, dia berjanji bahawa jika Yehuwa mengurniakannya seorang anak lelaki, anak itu akan ‘diserahkan kepada Yehuwa seumur hidupnya.’ (1 Sam. 1:9-11) Akhirnya, Hana mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Samuel. Selepas Samuel bercerai susu, Hana membawanya ke khemah suci. Hana diberkati kerana rela berkorban. Dia mendapat lima orang anak lagi, dan Samuel menjadi seorang nabi dan penulis Bible.—1 Sam. 2:21.

Seperti Hana dan Samuel, orang Kristian hari ini juga dapat menggunakan kehidupan mereka untuk berkhidmat kepada Pencipta kita. Yesus berjanji bahawa segala pengorbanan kita demi Yehuwa akan diberkati.​—Mrk. 10:28-30.

Pada abad pertama, seorang wanita yang bernama Dorkas “melakukan banyak perkara baik dan selalu membantu orang.” Apabila dia “jatuh sakit lalu mati,” seluruh sidang sangat sedih. Ketika murid-murid Yesus mendengar bahawa Petrus berada di situ, mereka merayu agar dia datang. Bayangkan sukacita mereka apabila Petrus membangkitkan Dorkas. Itulah catatan pembangkitan pertama yang dilakukan oleh seorang rasul! (Kis. 9:36-41) Tuhan tidak melupakan kemurahan hati dan pengorbanan Dorkas. (Ibr. 6:10) Teladannya telah diabadikan dalam Firman Tuhan bagi kita.

Paulus juga menetapkan teladan baik kerana selalu meluangkan masa dan prihatin terhadap orang lain. Dalam suratnya kepada sidang Korintus, dia berkata, “Aku rela menggunakan segala milikku dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kamu.” (2 Kor. 12:15) Daripada pengalamannya, Paulus belajar bahawa pengorbanan yang dilakukan demi orang lain bukan sahaja mendatangkan kepuasan, malah mendatangkan berkat dan perkenan Yehuwa.​—Kis. 20:24, 35.

Jelaslah, Yehuwa gembira apabila kita menggunakan masa dan tenaga untuk mengutamakan Kerajaan Tuhan dan membantu rakan seiman. Namun, apakah cara lain kita dapat menyokong kerja penyebaran dan memuliakan Tuhan? Kita dapat memberikan sumbangan sukarela untuk menyokong para mubaligh dan pekhidmat khas sepenuh masa. Sumbangan kita juga membantu dalam kerja menyediakan dan menterjemahkan bahan bacaan dan video-video, membantu mangsa bencana, dan membina Dewan Perjumpaan. Kita dapat yakin bahawa ‘orang yang murah hati akan diberkati Yehuwa.’ Tambahan lagi, apabila kita memberikan yang terbaik kepada Yehuwa, kita sedang memuliakan-Nya.​—Ams. 3:9; 22:9.

Cara-cara Memberikan Sumbangan Untuk Kerja Sedunia

Seperti pada zaman Paulus, ramai hari ini “menyimpan sedikit wang” untuk dimasukkan ke dalam peti yang berlabel “Kerja Sedunia” di sidang. (1 Kor. 16:2) Setiap bulan, sidang-sidang mengirimkan sumbangan yang diterima ke pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa. Anda juga boleh menggunakan cara lain untuk memberikan sumbangan kepada Saksi-Saksi Yehuwa di negara anda. Untuk mengetahui cara yang dapat digunakan di negara anda, sila hubungi pejabat cawangan tempatan. Alamat pejabat cawangan boleh didapati di www.pr2711.com/ms. Sumbangan-sumbangan yang boleh anda berikan adalah seperti berikut:

PEMBERIAN TANPA SYARAT

  • Sumbangan boleh diberikan melalui pemindahan wang elektronik, kad debit, atau kad kredit. Bagi sesetengah pejabat cawangan, sumbangan boleh diberikan melalui jw.org atau melalui laman web tertentu.

  • Wang, barang kemas, atau barangan lain yang berharga boleh disumbangkan. Lampirkan surat ringkas yang menyatakan bahawa barangan ini merupakan pemberian tanpa syarat.

SUMBANGAN BERSYARAT

  • Wang dapat diamanahkan dengan syarat bahawa wang itu akan dikembalikan apabila diminta balik.

  • Lampirkan surat ringkas yang menyatakan bahawa wang itu merupakan sumbangan bersyarat.

PERANCANGAN AMAL

Selain wang dan harta milik peribadi, terdapat cara lain untuk memberikan sumbangan kepada kerja sedunia. Cara-cara yang dimaksudkan tertera di bawah. Namun, sila hubungi pejabat cawangan tempatan untuk mengetahui cara yang boleh digunakan di negara anda. Memandangkan tuntutan perundangan setiap negara adalah berbeza, sila dapatkan nasihat mengenai undang-undang dan cukai sebelum memberikan sumbangan.

Insurans dan Pelan Persaraan: Badan berkanun yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa dapat dinamakan sebagai benefisiari, atau penama, bagi polisi insurans hayat, akaun peribadi untuk wang persaraan, atau pelan persaraan/pencen.

Akaun Bank: Akaun bank boleh diamanahkan atau dibayar kepada badan berkanun yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa setelah kematian pemiliknya, mengikut syarat-syarat bank tempatan.

Saham dan Bon: Saham dan bon boleh disumbangkan kepada badan berkanun yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa sebagai pemberian tanpa syarat. Badan berkanun yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa juga boleh dinamakan sebagai benefisiari apabila pemilik meninggal.

Hartanah: Hartanah boleh disumbangkan sebagai pemberian tanpa syarat kepada badan berkanun yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Semasa menderma hartanah kediaman, penderma boleh menyatakan bahawa dia ingin terus mendiaminya selama dia masih hidup.

Wasiat dan Amanah: Hartanah atau wang dapat diwariskan kepada badan berkanun yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Surat wasiat yang sah di sisi undang-undang diperlukan. Badan berkanun yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa juga dapat dinamakan sebagai benefisiari amanah.

Untuk maklumat lanjut, klik pada pautan “Berikan Derma untuk Kerja Sedunia Kami” di bahagian bawah laman web jw.org/ms atau hubungi pejabat cawangan tempatan.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi