PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp18 No. 1 ms. 12-13
  • 3 Bertahan Menghadapi Masalah

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 3 Bertahan Menghadapi Masalah
  • Menara Pengawal (Umum)—2018
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • PENYAKIT KRONIK
  • KEMATIAN ORANG TERSAYANG
  • Apakah Manfaat Berdoa?
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • Doa—Apakah Manfaatnya?
    Menara Pengawal—2015
  • Ucapkanlah “Aku Menyayangimu”
    Pengalaman Saksi-Saksi Yehuwa
  • Melegakan Orang Lain walaupun Menghadapi Masalah Kesihatan
    Pengalaman Saksi-Saksi Yehuwa
Menara Pengawal (Umum)—2018
wp18 No. 1 ms. 12-13
Seorang wanita menangis di kuburan; seorang wanita di kerusi roda mendengar mesej Bible

3 Bertahan Menghadapi Masalah

Sesetengah masalah kita sekarang tidak dapat dielakkan atau diselesaikan. Contohnya, jika orang tersayang anda telah meninggal atau jika anda menghidap penyakit kronik, anda perlu belajar cara untuk menghadapi keadaan itu dengan tabah. Dapatkah Bible membantu anda?

PENYAKIT KRONIK

Rose berkata, “Penyakit genetik saya membuat saya sentiasa merasai kesakitan yang amat teruk. Mutu kehidupan saya telah menurun.” Dia berasa bimbang kerana penyakit itu membuatnya susah untuk bertumpu kepada pembelajaran Bible dan hal-hal rohani. Tetapi kata-kata Yesus di Matius 19:26 amat membantunya: “Tidak ada apa-apa yang mustahil bagi Tuhan.” Rose telah menggunakan cara lain untuk mempelajari Bible. Memandangkan dia tidak dapat membaca akibat kesakitannya, dia mula mendengar rakaman Bible dan bahan bacaan Bible.a Dia menambah, “Jika tiada cara sebegini, saya tidak tahu macam mana untuk kekalkan kerohanian saya.”

Apabila Rose sedih kerana kemampuannya yang terhad, kata-kata di 2 Korintus 8:12 melegakan hatinya: “Seseorang yang memberi dengan rela hati sangat diperkenankan Tuhan, kerana Tuhan mahu seseorang memberi berdasarkan apa yang dimiliki, bukan apa yang tidak dimiliki.” Kata-kata itu mengingatkan Rose bahawa Tuhan berasa senang hati dengannya kerana dia sudah berusaha dengan sedaya upaya.

KEMATIAN ORANG TERSAYANG

Delphine yang disebut tadi berkata, “Selepas anak perempuan saya yang berumur 18 tahun meninggal, saya begitu sedih sehingga saya rasa saya tidak dapat teruskan hidup. Semuanya telah berubah.” Namun, kata-kata di Mazmur 94:19 telah mengubati kesedihannya: ‘Apabila aku dilanda kekhuatiran, Tuhan menenangkan dan melegakan jiwaku.’ Dia menambah, “Saya berdoa kepada Yehuwa agar saya tahu apa yang perlu dilakukan untuk melegakan kepedihan saya.”

Delphine mencurahkan masa dan tenaganya untuk kerja sukarela. Dia menyamakan dirinya dengan krayon kanak-kanak, yang masih berguna walaupun sudah patah. Meskipun hatinya hancur luluh, dia mendapati dia masih dapat membantu orang. Delphine berkata, “Saya sedar bahawa apabila saya menggunakan prinsip Bible untuk melegakan pelajar Bible saya, Yehuwa sedang melegakan hati saya juga.” Semasa dia membuat senarai watak Bible yang juga mengalami kesedihan yang mendalam, dia mendapati bahawa mereka semuanya orang yang rajin berdoa. Delphine juga berkata, “Jika Bible anda tertutup, anda tidak dapat menemui penawarnya.”

Setelah mengkaji Bible, Delphine belajar untuk memandang ke hadapan dan bukannya ke belakang. Dia menanti-nantikan harapan di Kisah 24:15 yang berbunyi, “Tuhan akan membangkitkan orang yang baik dan orang yang tidak baik.” Adakah dia benar-benar pasti bahawa Yehuwa akan membangkitkan anaknya? Delphine menjawab, “Saya dapat bayangkan saya berjumpa dengan anak perempuan saya pada masa depan. ‘Janji temu’ kami yang seterusnya sudah dibuat dan dicatatkan pada kalendar Tuhan. Saya dapat melihat kami bersama-sama di halaman rumah, dan bagi saya, harapan itu nyata sekali seperti hari anak kesayangan saya dilahirkan.”

a Rakaman sebegini boleh didapati di laman web jw.org.

Bible dapat membantu anda mendapat kelegaan bahkan pada detik yang paling gelap dalam hidup

BAGAIMANAKAH TUHAN BANTU KITA?

Bible menyatakan, ‘Yehuwa dekat kepada semua orang yang berseru kepada-Nya. Dia memenuhi keinginan orang yang takut akan-Nya; apabila mereka berseru meminta tolong, Dia akan mendengar lalu menyelamatkan mereka.’ (Mazmur 145:18, 19) Tidakkah hal itu menyentuh hati? Namun, bagaimanakah Tuhan menjawab doa orang yang meminta bimbingan-Nya?

MEMBERI KITA KEKUATAN:

Semasa ditimpa masalah, kita akan berasa tawar hati dan letih secara fizikal, emosi, dan rohani. (Amsal 24:10) Tetapi Yehuwa “memberikan tenaga yang secukupnya kepada orang yang lemah.” (Yesaya 40:29) Rasul Paulus yang pernah mengharungi cubaan yang berat berkata, “Melalui Dia yang memberikan kuasa kepadaku, aku berdaya menghadapi segala keadaan.” (Filipi 4:13) Paulus dikuatkan melalui kuasa suci Tuhan. Anda juga dapat memohon kuasa suci daripada Tuhan.​—Lukas 11:13.

MEMBERI KITA KEBIJAKSANAAN:

Jika anda berasa susah untuk memahami dan menerapkan nasihat Bible, apakah yang dapat dilakukan? Yakobus menggalakkan kita agar ‘terus meminta kebijaksanaan daripada Tuhan, dan Tuhan akan menunaikan permintaan kita kerana Dia murah hati terhadap semua orang.’ (Yakobus 1:5) Kemudian bacalah dan berusahalah untuk mengikut ajaran Bible. (Yakobus 1:23-25) Maka anda dapat melihat sendiri betapa bijaknya nasihat Bible.

MEMBERI KITA KEDAMAIAN:

Semasa anda sangat khuatir, mintalah Yehuwa untuk memberi anda ketenangan. Firman-Nya menyatakan, ‘Janganlah khuatir akan apa-apa pun. Dalam segala hal, nyatakanlah permohonan kamu kepada Tuhan. Dengan demikian kesejahteraan daripada Tuhan akan menjaga hati dan fikiran kamu.’​—Filipi 4:6, 7.

Seandainya masalah anda tidak segera diselesaikan, janganlah menyimpulkan bahawa Tuhan telah meninggalkan anda. Ingatlah, Tuhan dapat memberi anda kekuatan dan keberanian supaya anda dapat menghadapinya dengan tabah. (1 Korintus 10:13) Bible juga menyatakan bahawa suatu hari nanti, semua masalah kita akan lenyap buat selama-lamanya!

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi