PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp19 No. 1 ms. 15
  • Apakah Manfaatnya Mengenali Tuhan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Manfaatnya Mengenali Tuhan?
  • Menara Pengawal (Umum)—2019
  • Bahan yang Berkaitan
  • Tetap Menghampiri Yehuwa
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Bagaimanakah Anda Dapat Mengenali Tuhan Secara Peribadi?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • “Mendekati Tuhan” Baik untuk Kita!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
  • Dapatkah Anda Benar-Benar ‘Menghampiri Tuhan’?
    Hampirilah Yehuwa
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal (Umum)—2019
wp19 No. 1 ms. 15
Orang hidup bahagia di Firdaus

Apakah Manfaatnya Mengenali Tuhan?

Setakat ini, kita telah menemui jawapan kepada soalan, “Siapakah Tuhan?” Mula-mulanya, kita belajar daripada Bible bahawa nama-Nya ialah Yehuwa dan sifat-Nya yang utama ialah kasih. Kita juga telah mengetahui perkara yang pernah dan yang akan dilakukan-Nya demi manfaat manusia. Masih ada banyak hal lagi yang dapat anda pelajari tentang Tuhan, namun anda mungkin tertanya-tanya, “Apakah manfaatnya mengenali Tuhan?”

Yehuwa berjanji bahawa jika kita ‘mencari Dia, Dia akan membiarkan diri-Nya ditemukan oleh kita.’ (1 Tawarikh 28:9) Apabila anda mencari lalu mengenali Tuhan, anda akan diberi kurniaan yang sangat berharga: Anda dapat menjadi “sahabat akrab” Yehuwa! (Mazmur 25:14) Mengapakah persahabatan ini begitu istimewa?

Kebahagiaan sejati. Yehuwa ialah “Tuhan yang gembira.” (1 Timotius 1:11) Jika anda menghampiri-Nya dan mengikut teladan-Nya, anda akan mendapat kebahagiaan sejati, yang bermanfaat untuk anda secara emosi, mental, dan jasmani. (Mazmur 33:12) Anda akan dibantu untuk menjauhi gaya hidup yang memudaratkan, memupuk tabiat yang sihat, dan memelihara hubungan yang baik dengan orang lain. Semua itu akan menyumbang kepada kehidupan yang bahagia. Setelah merasai berkat sedemikian, anda akan bersetuju dengan penulis mazmur yang berkata, “Sungguh baik untuk mendekati Tuhan.”​—Mazmur 73:28.

Merasai kasih dan jagaan Tuhan. Yehuwa berjanji kepada hamba-hamba-Nya, “Aku akan memberimu nasihat dan Aku akan memerhatikanmu.” (Mazmur 32:8) Maksudnya, Yehuwa akan memperhatikan setiap hamba-Nya dan akan menjaga mereka menurut keperluan masing-masing. (Mazmur 139:1, 2) Setelah anda menjalin hubungan yang rapat dengan Yehuwa, anda akan mendapati bahawa Dia sentiasa berada di sisi anda.

Masa depan yang cerah. Selain membantu anda hidup bahagia dan puas sekarang, Tuhan Yehuwa juga memberi anda masa depan yang cerah. (Yesaya 48:17, 18) Bible menyatakan, “Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang Engkau utus, maka mereka mendapat kehidupan kekal.” (Yohanes 17:3) Ketika kita menghadapi kesusahan pada zaman ini, harapan yang diberikan Tuhan dapat menstabilkan kita seperti sauh yang “teguh dan pasti.”​—Ibrani 6:19.

Terdapat banyak sebab lagi untuk mengenali Tuhan dengan lebih baik dan menjadi sahabat-Nya. Untuk maklumat lanjut, sila berjumpa dengan Saksi-Saksi Yehuwa atau layari www.jw.org/ms.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi