PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp19 No. 1 ms. 13-14
  • Apakah yang Akan Dilakukan Tuhan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah yang Akan Dilakukan Tuhan?
  • Menara Pengawal (Umum)—2019
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MEMBASMI SEMUA KEJAHATAN
  • MENJADIKAN BUMI INI FIRDAUS
  • MELENYAPKAN PENYAKIT DAN KEMATIAN
  • MENDIRIKAN SEBUAH KERAJAAN YANG SEMPURNA
  • Apakah yang Akan Dilakukan oleh Kerajaan Tuhan?
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Apakah Tujuan Tuhan bagi Bumi?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Kerajaan Tuhan—Mengapa Penting bagi Yesus
    Menara Pengawal—2014
  • Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal (Umum)—2019
wp19 No. 1 ms. 13-14
Umat Tuhan mengubah bumi menjadi firdaus

Apakah yang Akan Dilakukan Tuhan?

Semasa menghadapi kesusahan, anda pasti mengharapkan kawan baik anda untuk menghulurkan bantuan. Maka, sesetengah orang berpendapat bahawa Tuhan bukan sahabat mereka, kerana mereka berasa bahawa Dia tidak membantu mereka. Sebenarnya, Tuhan bukan sahaja telah melakukan banyak perkara demi kita, malah Dia akan mengakhiri semua masalah dan penderitaan kita. Apakah yang akan dilakukan-Nya?

MEMBASMI SEMUA KEJAHATAN

Tuhan akan mencabut kejahatan dari akar umbinya. Bible menyatakan punca segala kejahatan: “Seluruh dunia berada di bawah kuasa Si Jahat.” (1 Yohanes 5:19) “Si Jahat” itu ialah Syaitan Si Iblis, yang digelar oleh Yesus sebagai “pemerintah dunia ini.” (Yohanes 12:31) Pengaruh Syaitan terhadap manusia merupakan akar umbi kepada segala masalah di bumi. Apakah yang akan dilakukan Tuhan?

Tidak lama lagi, Tuhan Yehuwa akan menggunakan Anak-Nya Yesus Kristus untuk “membinasakan Iblis yang mampu menyebabkan kematian.” (Ibrani 2:14; 1 Yohanes 3:8) Bible menjelaskan bahawa Si Iblis sendiri pun tahu bahawa “masanya tinggal sedikit.” (Wahyu 12:12) Tuhan juga akan melenyapkan semua orang yang berbuat jahat.​—Mazmur 37:9; Amsal 2:22.

MENJADIKAN BUMI INI FIRDAUS

Selepas membersihkan bumi ini daripada kejahatan, Pencipta kita akan memastikan agar tujuan-Nya bagi manusia dan bumi tercapai. Apakah yang dapat kita nantikan?

Kedamaian dan keselamatan yang kekal. “Orang yang rendah hati akan memiliki bumi, dan mereka akan menikmati kebahagiaan dan kedamaian yang berlimpah-limpah.”​—Mazmur 37:11.

Banyak makanan yang berkhasiat. “Bumi akan melimpah dengan biji-bijian, dan puncak gunung akan mengeluarkan hasil yang lumayan.”​—Mazmur 72:16.

Rumah yang selesa dan kerja yang memuaskan. “Orang akan membina rumah dan mendiaminya; mereka akan mengusahakan ladang anggur dan memakan hasilnya. . . . Umat pilihan-Ku akan menikmati hasil kerja mereka dengan sepuas-puasnya.”​—Yesaya 65:21, 22.

Inginkah anda menyaksikan semua itu? Tidak lama lagi, itulah yang akan menjadi kehidupan seharian kita.

MELENYAPKAN PENYAKIT DAN KEMATIAN

Kini, semua orang akan jatuh sakit dan mati, tetapi hal ini akan menjadi kisah silam tidak lama lagi. Tuhan akan menggunakan korban tebusan Yesus agar “setiap orang yang beriman kepadanya tidak dibinasakan tetapi mendapat kehidupan kekal.” (Yohanes 3:16) Bagaimanakah keadaan pada masa itu?

Penyakit akan dilenyapkan. “Tiada sesiapa pun di negeri itu yang akan berkata, ‘Aku sakit.’ Dosa penduduk negeri itu sudah diampunkan.”​—Yesaya 33:24.

Maut tidak akan menghantui manusia lagi. “Dia akan melenyapkan kematian buat selama-lamanya. Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, akan menghapuskan air mata daripada setiap wajah.”​—Yesaya 25:8.

Manusia akan hidup selama-lamanya. “Kurniaan daripada Tuhan ialah kehidupan kekal melalui Kristus Yesus, Tuan kita.”​—Roma 6:23.

Orang mati akan hidup semula. “Tuhan akan membangkitkan orang yang baik dan orang yang tidak baik.” (Kisah 24:15) Mereka akan meraih manfaat daripada korban tebusan yang dikurniakan Tuhan.

Bagaimanakah Tuhan akan melakukan semua itu?

MENDIRIKAN SEBUAH KERAJAAN YANG SEMPURNA

Tuhan akan melaksanakan tujuan-Nya bagi manusia dan bumi melalui sebuah kerajaan di syurga, yang diperintah oleh Kristus Yesus. (Mazmur 110:1, 2) Itulah kerajaan yang disebut oleh Yesus semasa dia mengajar murid-muridnya berdoa, “Bapa kami yang di syurga, . . . datanglah Kerajaan-Mu.”​—Matius 6:9, 10.

Kerajaan Tuhan akan memerintah seluruh bumi dan melenyapkan segala masalah dan penderitaan. Tiada kerajaan lain yang dapat menandingi Kerajaan Tuhan! Itulah sebabnya Yesus bekerja keras untuk menyebarkan “berita baik tentang Kerajaan Tuhan” semasa dia berada di bumi, dan menyuruh murid-muridnya berbuat demikian juga.​—Matius 4:23; 24:14.

Tuhan Yehuwa berjanji untuk mendatangkan semua berkat itu kerana Dia amat mengasihi manusia. Setelah mengetahui hal itu, tidakkah anda ingin mengenali dan menghampiri-Nya? Apakah manfaatnya jika anda berbuat demikian? Rencana seterusnya akan menjelaskannya.

APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN TUHAN? Tuhan akan melenyapkan penyakit dan kematian, menyatukan manusia di bawah Kerajaan-Nya, dan menjadikan seluruh bumi ini firdaus

APAKAH ITU KERAJAAN TUHAN?

  • Kerajaan itu didirikan di syurga oleh Tuhan dan akan melaksanakan kehendak-Nya.​—Kejadian 1:28; Matius 6:9, 10.

  • Kerajaan itu diketuai oleh Raja yang dilantik Tuhan, yang diberi segala kuasa di syurga dan di bumi.​—Yesaya 9:6, 7; 11:2-4; Matius 28:18.

  • Kerajaan itu ditadbir menurut ajaran Yesus, yang berdasarkan hukum-hukum Tuhan.​—Matius 22:37-39; Yakobus 2:8.

  • Kerajaan itu sudah memerintah. Jutaan orang di serata dunia sedang menyebarkan “berita baik tentang Kerajaan Tuhan.”​—Matius 24:14; 28:19, 20.a

a Untuk maklumat lanjut tentang Kerajaan Tuhan, lihat pelajaran 32 dan 33 dalam buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Juga terdapat di www.jw.org/ms.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi