Jadual untuk Minggu Bermula 30 Mac
MINGGU BERMULA 30 MAC
Lagu 217
□ Pembelajaran Bible Sidang:
“Kasih Tuhan” bab 3 ¶8-15, kotak pada ms. 30
□ Sekolah Penyebaran Teokratik:
Pembacaan Bible: Keluaran 1-6
No. 1: Keluaran 1:1-19
No. 2: Yesus Mengajar Kita untuk Berdoa (lr bab 12)
No. 3: Adakah Penyembuhan Mukjizat Dewasa Ini Dilakukan Melalui Daya Aktif Tuhan? (rs-IN ms. 282 ¶2-5)
□ Perjumpaan Aktiviti Penyebaran:
Lagu 128
5 min: Pengumuman. Nyatakan mana-mana pengumuman terkini tentang Peringatan.
15 min: Bersedia Membantu Mereka yang Berminat yang Menghadiri Peringatan. Ceramah oleh penyelia aktiviti penyebaran. Ingatkan para penyiar tentang apa yang dapat dilakukan untuk membantu pelajar Bible, penyiar yang tidak aktif, dan orang lain yang menghadiri Peringatan seperti kenalan dan ahli keluarga. (Lihat Kerja Teokratik Kita, Mac 2008, muka surat 8.) Adakan satu demonstrasi yang ringkas untuk menunjukkan cara memulakan pembelajaran Bible dengan seseorang yang berminat yang telah menghadiri Peringatan. Ingatkan para hadirin tentang pembacaan Bible untuk Peringatan yang akan bermula pada hari Ahad, 5 April. Cadangan-cadangan yang praktikal untuk berbuat demikian boleh diberikan.
15 min: “Bible—Buku Fakta dan Nubuat.” Selepas pengenalan yang kurang daripada seminit, bincangkan bahagian ini dalam bentuk soal jawab.
Lagu 213