Bible—Buku Fakta dan Nubuat
DVD “Bible—Buku Fakta dan Nubuat” (The Bible—A Book of Fact and Prophecy) mengandungi tiga program video. Program pertama ialah “Buku Moden yang Tertua bagi Manusia” (Mankind’s Oldest Modern Book). Tontonilah program ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut:
(1) Apakah contoh-contoh yang menunjukkan bahawa Bible adalah selaras dengan sains moden? (2) Bagaimanakah kita dapat yakin bahawa Bible yang kita miliki dewasa ini benar-benar selaras dengan tulisan-tulisan asal? (3) Apakah keistimewaan naskhah tulisan tangan (manuskrip) Bible pada masa lampau? (4) Bagaimanakah John Wycliffe, Johannes Gutenberg, William Tyndale, John Hus, Martin Luther, Casiodoro de Reina, dan Charles Taze Russell menyumbang kepada penyebaran Firman Tuhan di serata dunia? Bagaimanakah pihak gereja menentang Bible dengan keras? (5) Bagaimanakah nasihat Bible yang praktikal membantu orang menangani ketagihan judi (1 Tim. 6:9, 10), pemisahan dan kecurangan dalam perkahwinan (1 Kor. 13:4, 5; Ef. 5:28-33), masalah kesihatan (Mzm. 34:9), dan sikap asyik mengejar kekayaan (Mat. 16:26)? (6) Apakah bukti yang menunjukkan bahawa kebencian bangsa, etnik, dan perkauman dapat diatasi setelah seseorang menerapkan prinsip-prinsip Bible (Luk. 10:27)? (7) Oleh sebab berpegang teguh pada prinsip-prinsip Bible, bagaimanakah kehidupan anda lebih bahagia? (8) Bagaimanakah anda dapat menggunakan DVD ini untuk membantu orang lain?—Lihat Kerja Teokratik Kita (E), Februari 2006, muka surat 8.