Jadual untuk Minggu Bermula 20 Februari
MINGGU BERMULA 20 FEBRUARI
Lagu 37 dan Doa
❑ Pembelajaran Bible Sidang:
my cerita 68 (25 min.)
❑ Sekolah Penyebaran Teokratik:
Pembacaan Bible: Yesaya 58-62 (10 min.)
No. 1: Yesaya 61:1-11 (tidak melebihi 4 min.)
No. 2: Mengapakah Pembaktian Membuktikan Kasih dan Iman Kita? (5 min.)
No. 3: Bible—Buku yang Mempunyai Hikmat yang Sesuai Diamalkan—bh bab 2 per. 10-12 (5 min.)
❑ Perjumpaan Aktiviti Penyebaran:
10 min: Pengumuman. Nyatakan tawaran bahan bacaan bagi Mac, dan adakan satu demonstrasi untuk menunjukkan cara menawarkannya.
10 min: Apakah Pengajaran bagi Kita? Perbincangan. Bacakan Mazmur 63:4-9 dan Markus 1:32-39. Bincangkan bagaimana catatan ini dapat membantu kita dalam aktiviti penyebaran.
15 min: “Kempen untuk Menghebahkan Sambutan Peringatan Bermula 17 Mac.” Soal jawab. Jika sidang sudah menerima bekalan surat jemputan, edarkannya kepada setiap hadirin dan bincangkan kandungannya. Semasa membincangkan perenggan 2, demonstrasikan secara ringkas cara menawarkan jemputan ini. Semasa membincangkan perenggan 3, jemput penyelia aktiviti penyebaran untuk menyatakan aturan yang dibuat bagi meliputi kawasan tempatan.
Lagu 8 dan Doa