Perubahan kepada Perjumpaan Pertengahan Minggu
Bermula minggu 3 September, masa Pembelajaran Bible Sidang akan diubah dari 25 ke 30 minit. Sebelum memulakan pembelajaran, saudara yang mengendalikan bahagian ini patut mengambil satu minit untuk mengulang kaji pelajaran minggu lalu. Masa Perjumpaan Aktiviti Penyebaran juga akan diubah dari 35 ke 30 minit. Tiada lagi masa yang dijadualkan untuk pengumuman. Sebaliknya, pengumuman akan disampaikan pada permulaan bahagian pertama. Biasanya, hanya sedikit atau tiada pengumuman yang perlu dibuat. Pengumuman mengenai bahagian-bahagian yang dijadualkan untuk perjumpaan, aturan kerja penyebaran, jadual pembersihan, dan salam kasih tidak perlu dibuat. (km 10/08 ms. 1, per. 4) Jika pengumuman yang panjang perlu dibuat, mereka yang mempunyai bahagian dalam perjumpaan harus dimaklumkan terlebih dahulu agar masa untuk bahagian mereka boleh dikurangkan.