PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 10/08 ms. 1
  • Jadual Perjumpaan yang Baru

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Jadual Perjumpaan yang Baru
  • Kerja Teokratik Kita—2008
  • Bahan yang Berkaitan
  • Perjumpaan Sebelum Kerja Penyebaran yang Membawa Manfaat
    Kerja Teokratik Kita—2015
  • Kotak Pertanyaan
    Kerja Teokratik Kita—2007
  • Perjumpaan Mendorong Kita Menunjukkan Kasih dan Berbuat Baik
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
  • Panduan untuk Perjumpaan Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita
    Panduan untuk Perjumpaan Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2008
km 10/08 ms. 1

Jadual Perjumpaan yang Baru

1 Semasa minggu 21-27 April 2008, persaudaraan Kristian sedunia telah mendengar satu pengumuman yang menguja. “Bermula 1 Januari 2009, Pembelajaran Buku Sidang akan diadakan pada masa yang sama dengan Sekolah Penyebaran Teokratik dan Perjumpaan Aktiviti Penyebaran. Nama Pembelajaran Buku Sidang akan ditukar menjadi Pembelajaran Bible Sidang.”

2 Jadual untuk Perjumpaan Mingguan Ini: Jumlah masa untuk perjumpaan mingguan ini, termasuk lagu dan doa ialah 1 jam 45 minit. Perjumpaan akan bermula dengan lagu dan doa (5 min.), diikuti dengan Pembelajaran Bible Sidang (25 min.). Sejurus selepas itu, Sekolah Penyebaran Teokratik (30 min.) akan dikendalikan. Kemudian, sebuah lagu (5 min.) akan dinyanyikan sebagai pengenalan kepada Perjumpaan Aktiviti Penyebaran (35 min.). Perjumpaan diakhiri dengan lagu dan doa (5 min.). Bagi membantu anda membuat persiapan untuk perjumpaan-perjumpaan ini, jadual untuk Pembelajaran Bible Sidang, Sekolah Penyebaran Teokratik, dan Perjumpaan Aktiviti Penyebaran akan diterbitkan setiap bulan dalam Kerja Teokratik Kita.

3 Pembelajaran Bible Sidang: Perjumpaan ini akan diadakan mengikut corak pembelajaran majalah. Perjumpaan ini sepatutnya mempunyai pengenalan yang sangat singkat sahaja; tidak perlu untuk mengulang kaji pembelajaran minggu yang sebelumnya. Dengan itu, semua hadirin akan mempunyai masa yang mencukupi untuk memberikan komen-komen yang singkat. Koordinator badan penatua akan memastikan para penatua ditugaskan untuk mengendalikan perjumpaan ini secara bergilir-gilir, iaitu seorang penatua yang berlainan pada setiap minggu.

4 Perjumpaan Aktiviti Penyebaran: Perjumpaan Aktiviti Penyebaran akan dikendalikan seperti biasa, tetapi dengan bahagian-bahagian yang lebih singkat. Biasanya, bahagian pengumuman akan memakan masa lima minit. Masa ini memadai untuk pengumuman yang penting dan surat-surat tertentu daripada pejabat cawangan. Pengumuman lain seperti aturan untuk aktiviti penyebaran, jadual pembersihan, laporan kewangan, dan surat-surat berkala daripada pejabat cawangan, tidak perlu dibaca dari pentas. Maklumat ini akan ditampal pada papan kenyataan untuk dibaca oleh saudara dan saudari dalam sidang. Mereka yang ditugaskan bahagian-bahagian dalam perjumpaan patut membuat persiapan rapi, mengikut arahan-arahan yang diberikan, dan mematuhi had masa yang telah diperuntukkan.

5 Kunjungan Penyelia Litar: Jadual mingguan penyelia litar tidak akan diubahsuaikan. Pada hari Selasa, Sekolah Penyebaran Teokratik dan Perjumpaan Aktiviti Penyebaran akan diadakan, diikuti dengan sebuah lagu. Kemudian, penyelia litar akan menyampaikan sebuah ceramah yang panjangnya 30 minit. Seperti yang dilakukan sekarang, Pembelajaran Bible Sidang akan dijadualkan pada petang yang lain semasa minggu kunjungannya, disusuli dengan lagu dan ceramah kedua penyelia litar. Perjumpaan ini akan tamat dengan lagu dan doa.

6 Perjumpaan Sebelum Kerja Penyebaran: Penyelia-penyelia kumpulan akan ditugaskan oleh badan penatua untuk menjaga kumpulan-kumpulan aktiviti penyebaran dan menggembala setiap individu yang membentuk kumpulan tersebut. Apabila seorang pembantu sidang diperlukan untuk memainkan peranan itu, dia akan dipanggil sebagai “pembantu kumpulan.”

7 Seperti yang telah digariskan di atas, kita akan berpeluang untuk menikmati maklumat yang berguna semasa menghadiri jamuan rohani yang membina. Dengan demikian, kita akan dapat menjadi penyebar dan pengajar yang berkesan. Kita akan dilatih untuk menjalankan aktiviti penyebaran dengan lebih berhasil.​—Ef. 4:​13, 14; 2 Tim. 3:⁠17.

8 Persiapan rapi yang dibuat terlebih dahulu untuk perjumpaan-perjumpaan ini akan membantu kita memberi tumpuan pada isi-isi penting yang disoroti semasa setiap perjumpaan. Kita semua akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam memberikan komen, dan dengan demikian kita akan menggalakkan satu sama lain. (Rm. 1:​11, 12; Ibr. 10:24) Matlamat kita adalah untuk ‘memperlihatkan kemajuan kita’ dengan “mengajar ajaran benar daripada [Tuhan] dengan betul.”​—1 Tim. 4:15; 2 Tim. 2:⁠15.

9 Kita bersukacita dengan perubahan penting ini dalam perjumpaan-perjumpaan kita. Semoga kita semua terus memanfaatkan bimbingan yang diberikan oleh “hamba yang setia dan bijak[sana].” Semoga kita mendampingi Gembala Agung kita seraya Dia mempersiapkan kita untuk menghadapi kesengsaraan besar yang kini berada di ambang pintu.​—Mat. 24:​21, 45; Ibr. 13:​20, 21; Pny. 7:⁠14.

[Soalan Pembelajaran]

1, 2. Bermula Januari 2009, apakah perubahan-perubahan yang akan berlaku pada jadual perjumpaan mingguan?

3. Bagaimanakah Pembelajaran Bible Sidang akan dikendalikan?

4. Apakah perubahan-perubahan yang terdapat dalam Perjumpaan Aktiviti Penyebaran?

5. Bagaimanakah perjumpaan sidang akan dijadualkan semasa minggu kunjungan penyelia litar?

6. Apakah peranan penyelia kumpulan?

7. Apakah yang boleh kita harapkan dengan adanya jadual perjumpaan yang baru?

8. Bagaimanakah kita akan memanfaatkan diri kita dan orang lain dengan membuat persiapan rapi terlebih dahulu?

9. Apakah tekad kita dan mengapa?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi