Laman Web Rasmi Kita—Gunakannya untuk Pembelajaran Peribadi dan Keluarga
Baca Majalah Terkini atas Talian: Baca majalah pembelajaran dan majalah berita atas talian beberapa minggu sebelum kita menerimanya menerusi sidang. Dengarlah rakaman audio majalah.—Klik “Bahan Bacaan/Majalah.”
Baca Bahan yang Hanya Dimuatkan di Laman Web: Sesetengah rencana seperti For Young People (Untuk Kaum Muda), My Bible Lessons (Pelajaran Bible Saya), For Family Review (Untuk Tinjauan Keluarga), dan Young People Ask (Kaum Muda Bertanya), kini hanya dimuatkan di laman Web kita. Layarilah laman kita, dan kaji maklumat ini semasa pembelajaran peribadi dan keluarga.—Klik “Ajaran Bible/Kanak-kanak” atau “Ajaran Bible/Remaja.”
Dapatkan Berita Terkini: Baca laporan dan pengalaman yang menggalakkan, dan tonton klip video yang menunjukkan kemajuan kerja kita di serata dunia. Laporan tentang penganiayaan dan bencana yang menimpa saudara saudari kita boleh membantu kita berdoa secara spesifik bagi mereka. (Yak. 5:16)—Klik “Berita.”
Buat Kajian Menerusi Perpustakaan atas Talian: Jika perpustakaan ini ada dalam bahasa anda, gunakannya dari komputer atau alat mudah alih untuk membaca ayat Bible harian atau mengkaji bahan bacaan kita yang terkini.—Klik “Bahan Bacaan/Perpustakaan atas Talian,” atau taip www.wol.jw.org di ruangan alamat pelayar Internet.
[Gambar pada muka surat 4]
(Sila lihat bahan bacaan untuk keterangan lengkap)
Cubalah
1 Klik gambar atau pautan “Muat turun.” Gambar itu akan dipaparkan dalam bentuk PDF. Cetak dan berikannya kepada anak anda.
2 Klik “Main” untuk menonton video.