PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr24 Mei ms. 1-6
  • Rujukan untuk “Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk “Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian”
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2024
  • Tajuk Kecil
  • 6-12 MEI
  • 13-19 MEI
  • 20-26 MEI
  • 27 MEI–2 JUN
  • 3-9 JUN
  • 10-16 JUN
  • 17-23 JUN
  • 24-30 JUN
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2024
mwbr24 Mei ms. 1-6

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

© 2024 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania

6-12 MEI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MAZMUR 36-37

Permata Rohani

it-1 830

Gunung

Agung, stabil, dan kekal. Gunung menggambarkan sesuatu yang stabil, tidak berubah-ubah, dan kekal. (Yes 54:10; Hab 3:6; bandingkan Mz 46:2.) Oleh itu, apabila pemazmur mengatakan bahawa ‘kebaikan Yehuwa seperti gunung-gunung’ (Mz 36:6), dia mungkin bermaksud bahawa kebaikan Yehuwa tidak berubah-ubah. Memandangkan gunung juga biasanya tinggi dan agung, hal ini mungkin merujuk kepada kebaikan Yehuwa yang jauh lebih tinggi dan unggul berbanding kebaikan yang ditunjukkan manusia.—Bandingkan Yes 55:8, 9.

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

g17.5 4-6

“Apabila Bencana Melanda—Langkah-Langkah yang Dapat Menyelamatkan Nyawa”

SEBELUM—BUAT PERSEDIAAN!

BENCANA boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Persediaan adalah sangat penting jika kita ingin selamat. Bagaimanakah kita boleh membuat persediaan?

• Buat persediaan mental. Sedarlah bahawa bencana boleh berlaku, dan anda berserta keluarga anda akan menghadapi bahaya. Sudah terlambat untuk membuat persediaan selepas bencana berlaku.

• Ketahuilah apa bencana yang mungkin berlaku di kawasan anda, dan lokasi tempat perlindungan. Pastikan bahawa struktur rumah anda berada dalam keadaan yang baik, dan rumah anda berada di lokasi yang selamat. Singkirkan apa sahaja bahan yang mudah terbakar. Pasang alat pengesan asap, dan tukar baterinya sekurang-kurangnya sekali setahun.

• Sediakan bekalan kecemasan. Bekalan elektrik dan air, perkhidmatan telefon, dan pengangkutan awam mungkin dihentikan. Jika anda ada kereta, pastikan tangki minyak kereta anda sekurang-kurangnya separuh penuh. Pastikan juga bahawa anda sentiasa mempunyai makanan, air, dan kit kecemasan di rumah anda.—Lihat kotak “Apakah yang Perlu Anda Sediakan?”

• Sediakan senarai nombor telefon kawan-kawan anda yang tinggal di kawasan dekat dan jauh.

• Buatlah pelan kecemasan dan adakan latihan. Kenal pasti pintu keluar yang terdekat dalam bangunan anda, dan ajarlah anak-anak tentang apa yang harus dilakukan jika bencana berlaku sewaktu mereka di sekolah. Tetapkan tempat berkumpul untuk keluarga anda, seperti sekolah atau perpustakaan; satu di tempat yang dekat, dan satu lagi di tempat yang jauh. Pihak berkuasa mencadangkan agar anda dan keluarga mengadakan latihan dengan berjalan kaki ke tempat-tempat itu.

• Buatlah rancangan untuk membantu orang lain, termasuk orang yang tua atau sakit.

SEMASA—BERTINDAK SEGERA!

“Semasa kebakaran tercetus, banyak orang tidak panik. Mereka hanya berlambat-lambat,” kata Joshua yang disebutkan tadi. “Ada orang yang mematikan komputer atau mengisi botol air mereka. Seorang lelaki berkata, ‘Mungkin kita patut tunggu saja.’” Biarpun orang lain teragak-agak untuk bertindak, Joshua menjerit, “Kita perlu keluar dari sini sekarang!” Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Joshua, barulah rakan sekerjanya mula bertindak dan mengikutnya turun tangga. Joshua terus menjerit, “Jika ada orang terjatuh, bantulah dia. Jangan berhenti bergerak. Kita semua pasti akan keluar dari sini!”

• Kebakaran. Asap menyukarkan penglihatan dan banyak orang mati dalam kebakaran kerana menghidu terlampau banyak asap. Oleh itu, cuba sedaya upaya untuk membongkokkan badan dan berjalan ke pintu keluar yang terdekat dengan cepat. Tinggalkan barang peribadi anda. Anda mungkin hanya ada beberapa saat untuk menyelamatkan diri.

• Gempa bumi. Semasa gempa bumi berlaku, bersembunyilah di bawah perabot rumah yang teguh atau di sebelah sebuah dinding yang berada di bahagian tengah rumah. Jangan lupa bahawa akan ada gegaran susulan. Jadi pergilah ke luar dan jauhi mana-mana bangunan secepat mungkin. Kumpulan penyelamat yang terlatih mungkin mengambil masa beberapa jam untuk sampai. Jadi cubalah selamatkan orang lain jika boleh.

• Tsunami. Jika air laut tiba-tiba surut dari pantai, segera lari ke kawasan yang tinggi. Selepas ombak besar yang pertama, mungkin akan ada lagi ombak-ombak lain yang lebih besar.

• Ribut taufan. Segera pergi ke tempat perlindungan ribut.

• Banjir. Jangan masuk ke bangunan yang dibanjiri air. Jangan berjalan mengharungi air banjir atau memandu melaluinya. Air banjir mungkin mengandungi bahan kumbahan dan bahaya-bahaya yang tidak kelihatan seperti bendasing, lubang parit, atau kabel elektrik.

• Tahukah anda? Air bergerak yang setinggi 0.6 meter boleh menghanyutkan sebuah kereta. Kebanyakan orang mati semasa banjir kerana mereka cuba memandu melalui air yang bergerak.

• Pemindahan kecemasan. Jika pihak berkuasa mengarahkan anda untuk berpindah, teruslah berbuat demikian. Beritahulah kawan-kawan anda di mana anda berada. Jika tidak, mereka mungkin membahayakan nyawa sendiri untuk mencari anda.

• Tahukah anda? Talian telefon mungkin tidak stabil. Jadi menghantar mesej adalah lebih baik daripada membuat panggilan.

• Berlindung di rumah. Jika pihak berkuasa mengarahkan penduduk untuk berlindung di rumah dan jangan pergi ke mana-mana, ikutlah arahan mereka. Jika berlakunya serangan atau kemalangan kimia, biologi, atau nuklear di luar rumah, jangan keluar dari rumah, matikan sistem peredaran udara, dan kedapkan semua pintu dan tingkap. Jika berlakunya letupan nuklear, bersembunyilah di bahagian paling bawah bangunan anda untuk mengurangkan pendedahan kepada sinaran radioaktif yang berbahaya. Dengarlah berita terkini melalui siaran TV tempatan atau radio. Duduklah di dalam rumah sehingga pihak berkuasa mengumumkan bahawa ancaman itu telah berlalu.

APAKAH YANG PERLU ANDA SEDIAKAN?

Organisasi pengurusan bencana menggalakkan orang untuk menyimpan bekalan kecemasan dan memeriksanya setiap tahun. Bekalan yang diperlukan bergantung pada lokasi dan keadaan anda. Maka, tanyalah organisasi pengurusan bencana di kawasan anda untuk menentukan bekalan yang perlu disediakan.

Biasanya anda disarankan untuk menyimpan sekurang-kurangnya 11 liter air minum bagi setiap orang dan makanan yang secukupnya untuk tiga hari. Makanan itu haruslah tidak mudah rosak dan sedia dimakan.

Sesetengah keluarga juga menyediakan beg kecemasan dengan barangan berikut:a

■ Selimut, satu set pakaian, dan kasut yang tahan lasak

■ Lampu suluh, radio (yang menggunakan bateri atau windup), dan bateri tambahan

■ Kit kecemasan dan wisel untuk meminta bantuan

■ Sudu, garpu, pembuka tin, pisau lipat serba guna, dan mancis kalis air

■ Topeng habuk, pita kalis air, dan helaian plastik untuk membina khemah

■ Berus gigi, sabun, tuala, dan tisu

■ Barang penjagaan anak, orang tua, atau orang kurang upaya

■ Bekas kalis air yang mengandungi ubat-ubatan, salinan preskripsi ubat, dan dokumen-dokumen penting yang lain

■ Senarai nombor telefon yang boleh dihubungi semasa kecemasan, senarai tempat berkumpul, dan peta tempatan

■ Kad kredit dan wang tunai

■ Set tambahan kunci rumah dan kunci kereta

■ Kertas, pensel, buku, dan alat permainan untuk kanak-kanak

■ Bible

13-19 MEI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MAZMUR 38-39

Singkirkan Perasaan Bersalah yang Melampau

w02 15/11 20 ¶1-2

Bagaimanakah Kita ‘Menghitung Hari-Hari’ Kita?

KEHIDUPAN kita sangat singkat dan berlalu dengan sangat cepat. Daud merenungkan hal ini dan dia berdoa, “Ya Yehuwa, bantulah aku memahami kesudahanku; beritahulah aku jumlah hari kehidupanku, agar aku menyedari betapa singkatnya hidupku. Sesungguhnya, kehidupan yang Engkau berikan kepadaku singkat sahaja; berbanding dengan-Mu, jangka hayatku begitu pendek.” Daud tahu hidupnya singkat saja. Jadi, dia perlu bergantung pada Yehuwa. Dia kata, “Engkau satu-satunya harapanku.” (Mazmur 39:4, 5, 7) Keutamaan hidup Daud adalah untuk menyenangkan hati Yehuwa melalui kata-kata dan tindakannya. Yehuwa mendengar doa Daud. Dia memerhatikan perbuatan Daud dan memberkatinya.

Bagaimana pula dengan kita? Kita sangat sibuk dengan kehidupan seharian dan ada jadual yang padat. Oleh sebab kita perlu melakukan banyak hal, kita mungkin fikir apa perkara yang kita perlu utamakan. Adakah keutamaan kita sama dengan Daud, iaitu untuk menyenangkan hati Yehuwa? Sememangnya, Yehuwa memerhatikan setiap seorang daripada kita. Ayub, yang hidup hampir 3,600 tahun yang lalu, juga sedar bahawa Yehuwa memerhatikannya dan memeriksa setiap langkah hidupnya. Maka dia berkata, ‘Apakah yang akan kukatakan semasa Tuhan mengadili aku?’ (Ayub 31:4-6, 14) Kita dapat ‘menghitung hari-hari kita’ dengan mengutamakan hal-hal rohani, mematuhi perintah Tuhan, dan menggunakan masa kita dengan bijak.

20-26 MEI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MAZMUR 40-41

Permata Rohani

it-2 1210

Yehuwa

Tema Bible adalah tentang kedaulatan Yehuwa dan penyucian nama-Nya. Untuk mencapai tujuan ini, nama Tuhan harus dibersihkan daripada segala celaan. Tapi, bukan itu saja. Semua ciptaan Yehuwa di syurga dan di bumi juga harus menghormati nama-Nya. Ertinya, mereka rela mengakui dan menghormati kedudukan Yehuwa sebagai Pemerintah Yang Berdaulat. Mereka juga berkhidmat dan melakukan kehendak-Nya dengan sepenuh hati kerana mereka mengasihi-Nya. Doa Daud di Mazmur 40:5-10 menunjukkan bahawa dia mempunyai sikap sedemikian dan bertekad untuk menyucikan nama Yehuwa.

27 MEI–2 JUN

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MAZMUR 42-44

Manfaatkan Pendidikan Rohani daripada Tuhan

w06 1/6 9 ¶4

Sorotan daripada Mazmur Buku Kedua

42:4, 5, 11; 43:3-5. Ada kalanya, terdapat situasi di luar kawalan kita yang membuat kita terpisah daripada sidang Kristian buat sementara waktu. Pada masa itu, kenangan manis dan sukacita yang kita pernah rasai semasa bergaul dengan saudara saudari dulu dapat menguatkan kita. Walaupun pada mulanya, hal ini mungkin buat kita rasa lebih sunyi, kenangan itu juga dapat mengingatkan kita bahawa Yehuwa ialah perlindungan kita dan kita perlu menantikan-Nya dengan sabar.

Permata Rohani

it-1 151

Serigala

Dalam Bible, perkataan “serigala” biasanya digunakan dalam perumpamaan. Contohnya, semasa Ayub mengeluh kerana keadaannya, dia kata bahawa dia “menjadi seperti kerabat serigala.” (Ayb 30:29) Semasa umat Tuhan ditewaskan, seorang pemazmur menulis, “Engkau membiarkan kami dikalahkan dan meninggalkan kami di tempat serigala berkumpul.” (Mz 44:19) Ungkapan “tempat serigala berkumpul” mungkin merujuk kepada gerombolan serigala yang berkumpul untuk membaham mereka yang terkorban di medan perang (bandingkan Mz 68:23). Semasa Babilon mengepung Yerusalem pada 607 SM, kebuluran yang dahsyat telah berlaku. Akibatnya, banyak ibu bertindak zalim terhadap anak-anak mereka. Maka, Yeremia menonjolkan kekejaman bangsa Israel dengan membandingkannya dengan cara serigala menjaga anaknya.—Rat 4:3, 10.

3-9 JUN

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MAZMUR 45-47

Lagu tentang Perkahwinan Seorang Raja

it-2 444

Perang

Selepas perang Armagedon, bumi akan menikmati kedamaian selama seribu tahun. Buku Mazmur menyatakan, “[Yehuwa] menghentikan peperangan di seluruh dunia. Dia mematahkan busur dan menghancurkan tombak; Dia menghanguskan semua kereta kuda.” Pada zaman Israel kuno, Tuhan telah membawa kedamaian kepada bangsa itu dengan memusnahkan semua senjata musuh-musuh mereka. Semasa perang Armagedon pula, Yesus Kristus akan menewaskan semua musuh Tuhan. Hasilnya, bumi akan menikmati kedamaian dan ketenteraman yang sejati. (Mz 46:8-10) Orang yang mencintai kedamaian akan menikmati kehidupan kekal. Mereka akan “menempa pedang menjadi bajak dan tombak menjadi pisau pemangkas. . . . Mereka tidak akan belajar berperang lagi.” “Perkara ini telah difirmankan oleh Yehuwa, ketua angkatan syurga.”—Yes 2:4; Mi 4:3, 4.

10-16 JUN

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MAZMUR 48-50

Permata Rohani

it-1 1187

Kekayaan

Sebagai bangsa yang makmur, orang Israel dapat menikmati makanan dan minuman. (1Ra 4:20; Pkh 5:18, 19) Kekayaan mereka melindungi mereka daripada masalah kemiskinan. (Ams 10:15; Pkh 7:12) Pada masa itu, kehendak Yehuwa adalah supaya orang Israel menikmati kemakmuran daripada kerja keras mereka (bandingkan Ams 6:6-11; 20:13; 24:33, 34), tetapi Dia juga memberikan amaran kepada mereka supaya tidak lupa bahawa Dialah yang memberkati mereka dengan kekayaan itu. Mereka tidak seharusnya menaruh kepercayaan kepada kekayaan. (Ul 8:7-17; Mz 49:6-9; Ams 11:4; 18:10, 11; Yer 9:23, 24) Mereka diingatkan bahawa kekayaan hanyalah sementara (Ams 23:4, 5), tidak dapat diberikan kepada Tuhan sebagai tebusan untuk membebaskan seseorang daripada kematian (Mz 49:6, 7), dan tidak berguna bagi orang mati. (Mz 49:16, 17; Pkh 5:15) Mereka dinasihati agar tidak mementingkan kekayaan sehingga melakukan hal-hal yang tidak jujur dan tidak diperkenankan Tuhan. (Ams 28:20; bandingkan Yer 5:26-28; 17:9-11.) Mereka juga digalakkan untuk ‘muliakan Yehuwa dengan memberi-Nya harta milik mereka yang berharga.’—Ams 3:9.

17-23 JUN

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MAZMUR 51-53

Permata Rohani

it-1 591-592

Doeg

Hamba Saul yang berbangsa Edom dan merupakan ketua gembalanya. Pangkat ini juga termasuk menyelia para pegawai lain. (1Sa 21:7; 22:9) Nampaknya, Doeg telah memeluk agama orang Yahudi. Bible kata bahawa Doeg “berada di hadapan Yehuwa” di Nob, barangkali atas sebab-sebab seperti ikrar yang dibuatnya, suatu kenajisan, atau penyakit kusta. Maka, Doeg telah menyaksikan Imam Agung Ahimelekh memberi Daud roti yang suci dan pedang Goliat. Pada kemudian hari, Doeg telah menceritakan hal itu kepada Raja Saul ketika raja meluahkan bahawa hamba-hambanya sedang berkomplot untuk menentangnya. Saul menyuruh semua imam, termasuk imam agung, untuk menghadapnya, lalu dia memerintahkan para pengawal untuk membunuh mereka. Namun, para pengawal raja enggan berbuat demikian. Oleh itu, Doeg menurut perintah raja lalu bertindak untuk membunuh seramai 85 orang imam. Setelah itu, Doeg memusnahkan kota Nob. Akibatnya, lelaki, wanita, kanak-kanak, dan binatang ternakan turut dibinasakan.—1Sa 22:6-20.

Mengenai perbuatan Doeg yang kejam, Daud menulis kata-kata ini di Mazmur 52: “Lidahmu setajam pisau cukur; kamu sungguh licik dan suka merancang kejahatan. Kamu lebih mencintai kejahatan daripada kebaikan, dan kamu lebih suka berdusta daripada bercakap benar. Kamu suka mengucapkan kata-kata yang menyakiti hati orang. Alangkah banyaknya dusta yang keluar daripada mulutmu!”—Mz 52:2-4.

24-30 JUN

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MAZMUR 54-56

Tuhan Di Sisimu!

w06 1/8 22 ¶10-11

Bertindak dengan Bijak dan Takut akan Tuhan!

10 Pernah sekali, Daud mencari perlindungan daripada Akhis, iaitu raja kota Gat di negeri orang Filistin. Gat juga merupakan tempat asal Goliat. (1 Samuel 21:10-15) Tetapi, hamba-hamba raja telah memberitahu raja bahawa Daud ialah musuh orang Filistin. Apakah yang Daud lakukan pada masa yang genting itu? Dia mencurahkan isi hatinya kepada Yehuwa melalui doa. (Mazmur 56:1-4, 11-13) Akhirnya, Daud telah berpura-pura menjadi gila supaya dapat menyelamatkan dirinya. Tetapi, dia sedar bahawa Yehuwalah yang telah melindungi dan menyelamatkannya, dan memberkati usahanya. Daud menunjukkan bahawa dia benar-benar takut akan Tuhan dengan bergantung sepenuhnya pada Yehuwa dan mempercayai-Nya.—Mazmur 34:4-6, 9-11.

11 Seperti Daud, kita memperlihatkan rasa takut akan Tuhan dengan mempercayai janji-Nya untuk membantu kita. “Serahkanlah hidupmu kepada Yehuwa; bergantunglah pada-Nya, dan Dia akan bertindak bagi pihakmu,” kata Daud. (Mazmur 37:5) Adakah ini bermaksud kita tidak melakukan apa-apa dan hanya menantikan Yehuwa bertindak bagi pihak kita? Tidak! Daud tidak hanya berdoa kepada Yehuwa dan kemudiannya tidak melakukan apa-apa. Sebaliknya, dia menggunakan akal dan tenaganya untuk menangani cabaran itu. Pada masa yang sama, dia percaya bahawa Yehuwa akan membantunya. Daud sedar bahawa dia tidak akan berjaya dengan kekuatannya sendiri saja. Begitu juga dengan kita. Selepas kita melakukan apa yang terdaya, kita harus serahkan yang selebihnya kepada Yehuwa. Sebenarnya, dalam kebanyakan situasi, kita tidak dapat melakukan apa-apa melainkan bergantung pada Yehuwa. Pada saat itulah perasaan takut akan Tuhan akan mendorong kita untuk mempercayai-Nya. Kita juga dapat melihat kebenaran kata-kata Daud yang berbunyi, “Ya Yehuwa, Engkau sahabat akrab orang yang takut terhadap-Mu.”—Mazmur 25:14.

Permata Rohani

nwtsty nota pembelajaran untuk Yoh 6:64

Yesus sudah tahu . . . siapa yang akan mengkhianatinya: Yesus sedang merujuk kepada Yudas Iskariot. Yesus berdoa kepada Bapanya sepanjang malam sebelum memilih 12 orang rasul. (Lu 6:12-16) Jadi pada mulanya, Yudas setia kepada Tuhan. Namun, Yesus mengetahui nubuat dalam Kitab Ibrani yang menyatakan bahawa dia akan dikhianati oleh salah seorang sahabatnya. (Mz 41:9; 109:8; Yoh 13:18, 19) Semasa Yudas mula menjadi jahat, Yesus sedar akan perubahan itu kerana dia mengetahui isi hati dan fikiran orang. (Mt 9:4) Dengan menggunakan pengetahuan-Nya tentang masa depan, Tuhan tahu bahawa seorang sahabat yang dipercayai Yesus akan mengkhianatinya. Namun kita tahu bahawa Tuhan tidak memilih atau mentakdirkan Yudas sebagai pengkhianat itu, kerana perbuatan ini bercanggahan dengan sifat-Nya dan cara Dia bertindak.

[Nota Kaki]

a Bukan semua barang dalam senarai ini sesuai dengan lokasi dan kawasan anda. Anda mungkin perlu menyediakan barang-barang lain.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi