17-23 MAC
AMSAL 5
Lagu 122 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)
1. Jauhilah Perbuatan Seks yang Tidak Bermoral
(10 min.)
Perbuatan seks yang tidak bermoral mungkin nampaknya seronok dan merupakan godaan yang kuat (Ams 5:3; w00-E 7/15 29 ¶1)
Perbuatan seks yang tidak bermoral menyebabkan seseorang dibelenggu perasaan sedih dan menyesal (Ams 5:4, 5; w23.06 22-23 ¶9-10)
Jauhilah perbuatan seks yang tidak bermoral (Ams 5:8; w15 15/6 15-16 ¶8-10)
Seorang saudari menolak dengan tegas semasa seorang pemuda meminta nombornya
2. Permata Rohani
(10 min.)
Ams 5:18, 19—Apakah pandangan Yehuwa tentang seks? (lff pelajaran 41 poin 1)
Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?
3. Pembacaan Bible
(4 min.) Ams 5:1-23 (th pelajaran 5)
4. Mulakan Perbualan
(3 min.) KESAKSIAN DI TEMPAT AWAM. Jemput seseorang yang bukan beragama Kristian untuk menghadiri Peringatan. Gunakan jw.org untuk cari lokasi sambutan Peringatan yang berdekatannya. (lmd pelajaran 6 poin 4)
5. Buat Kunjungan
(4 min.) RUMAH KE RUMAH. Semasa kunjungan sebelumnya, dia telah menerima jemputan Peringatan dan menunjukkan minat. (lmd pelajaran 9 poin 5)
6. Jadikan Murid
(5 min.) lff pelajaran 16 ringkasan, ulang kaji, dan matlamat. Apabila pelajar bertanya sama ada Yesus pernah berkahwin, tunjukkan dia cara untuk mencari jawapannya. (lmd pelajaran 11 poin 4)
Lagu 121
7. Berjaga-Jagalah semasa Berdating agar Dapat Tetap Suci di Mata Tuhan
(15 min.) Perbincangan.
Berdating sering ditafsirkan sebagai kegiatan sosial yang dilakukan oleh dua orang yang menunjukkan minat romantik terhadap satu sama lain. Mereka mungkin berdating secara berdua-duaan atau ditemani sekumpulan orang dan melalui telefon atau mesej. Tapi, apakah pandangan kita terhadap berdating? Kita tidak berdating hanya untuk berseronok. Sebaliknya, kita menganggapnya sebagai perkara yang serius dan merupakan langkah yang menuju ke arah perkahwinan. Tidak kira tua atau muda, apakah langkah-langkah yang dapat bantu pasangan yang berdating untuk menjauhi perbuatan seks yang tidak bermoral?—Ams 22:3.
Mainkan VIDEO Persediaan untuk Berkahwin—Bahagian 1: Sudahkah Saya Sedia untuk Dating?—Sedutan. Kemudian tanya hadirin:
Mengapakah seseorang tidak patut berdating jika dia belum bersedia untuk berkahwin? (Ams 13:12; Lu 14:28-30)
Apakah yang anda boleh belajar daripada cara ibu bapa Lily membantu dia?
Baca Amsal 28:26. Kemudian tanya hadirin:
Apakah yang boleh pasangan yang berdating fikir atau lakukan terlebih dahulu untuk elakkan situasi yang dapat membangkitkan nafsu?
Mengapakah bijak untuk tetapkan batas terlebih dahulu, misalnya tentang berpegangan tangan atau bercium?
Baca Efesus 5:3, 4. Kemudian tanya hadirin:
Apakah yang harus pasangan yang berdating ingat semasa berbual melalui telefon atau secara online?
8. Pembelajaran Bible Sidang
(30 min.) bt bab 24 ¶1-6