PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr25 Mei ms. 1-4
  • Rujukan untuk “Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk “Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian”
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2025
  • Tajuk Kecil
  • 12-18 MEI
  • 19-25 MEI
  • 2-8 JUN
  • 9-15 JUN
  • 16-22 JUN
  • 30 JUN–6 JULAI
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2025
mwbr25 Mei ms. 1-4

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

© 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania

12-18 MEI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN AMSAL 13

Janganlah Ditipu oleh “Pelita Orang Jahat”

it-2-E 196 ¶2-3

Pelita

Penggunaan Kiasan yang Lain. Pelita melambangkan apa yang digunakan oleh seseorang untuk membimbing jalan hidupnya. Penulis Amsal membandingkan jalan hidup orang yang baik dengan orang yang jahat. Dia menulis, “Cahaya orang baik bersinar terang, tetapi pelita orang jahat akan padam.” (Ams 13:9) Cahaya orang baik kian hari kian terang, tetapi pelita orang jahat yang nampaknya terang dan makmur sebenarnya menuju ke kegelapan. Akibatnya, dia akan tersandung. Inilah yang akan terjadi kepada seseorang yang mengutuk ibu bapanya.​—Ams 20:20.

Ungkapan ‘pelita orang akan padam’ bermaksud bahawa dia tiada masa depan. Satu lagi ayat dalam buku Amsal menyatakan, “Orang jahat tidak mempunyai masa depan, dan pelita orang durjana akan padam.”​—Ams 24:20.

w04-E 7/15 31 ¶6

“Orang Bijak Bertindak Berdasarkan Pengetahuan”

Seseorang yang bijak dan berbuat baik akan diberkati kerana bertindak berdasarkan pengetahuan. Salomo kata, “Orang baik makan dan memuaskan seleranya, tetapi orang jahat akan kelaparan.” (Amsal 13:25) Yehuwa paling tahu apa yang terbaik bagi kita semua, seperti dalam hal keluarga, hubungan dengan orang lain, aktiviti penyebaran, dan disiplin yang kita terima. Orang yang bijak akan menerapkan nasihat yang terdapat dalam Firman-Nya dan meraih kehidupan yang terbaik.

19-25 MEI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN AMSAL 14

Permata Rohani

w05-E 7/15 19 ¶5-6

“Orang yang Bijak Merenungkan Setiap Langkahnya”

Dalam bahasa asal, ungkapan “keupayaan untuk berfikir” mempunyai dua maksud. Dari segi positif, ungkapan ini boleh bermaksud berpengertian atau bijak. (Amsal 1:4; 2:11; 3:21) Tapi dari segi negatif, ungkapan ini merujuk kepada fikiran atau rancangan yang jahat.​—Mazmur 37:7; Amsal 12:2; 24:8.

Jika ungkapan “orang yang menggunakan keupayaan untuk berfikir” merujuk kepada seseorang yang suka merancang apa yang jahat, memang masuk akal dia akan dibenci. Tapi, jika ungkapan ini merujuk kepada seseorang yang berpengertian, dia juga mungkin dibenci. Oleh kerana dia menggunakan daya pemikirannya dengan baik dan memilih untuk tidak menjadi “sebahagian daripada dunia,” dia akan dibenci oleh dunia ini. (Yohanes 15:19) Apabila kaum muda Kristian yang bijak melawan tekanan rakan sebaya dan perbuatan yang buruk, mereka akan dihina. Mereka yang mengamalkan ibadat sejati juga akan dibenci oleh dunia ini yang berada di bawah kuasa Syaitan Si Iblis.​—1 Yohanes 5:19.

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Bersiap Sedia untuk Hadapi Bencana

nwtsty-E nota pembelajaran untuk Mt 24:8

permulaan kesusahan, seperti kesakitan yang dialami oleh seorang wanita yang akan bersalin: Secara harfiah, kata Yunani untuk ungkapan ini merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa melahirkan anak. Meskipun kata-kata dalam ayat ini merujuk kepada penderitaan dan kesakitan secara umum, kata ini boleh membawa maksud berikut: Seperti kesakitan yang dialami oleh seorang wanita yang akan bersalin, kesusahan dan penderitaan akan menjadi semakin kerap dan teruk, dan berlangsung untuk jangka masa yang lebih lama sebelum tiba kesengsaraan besar yang disebut di Mt 24:21.

g17.5-E 4

“Apabila Bencana Melanda—Langkah-Langkah yang Dapat Menyelamatkan Nyawa”

SEBELUM—BUAT PERSEDIAAN!

BENCANA boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Persediaan adalah sangat penting jika kita ingin selamat. Bagaimanakah kita boleh membuat persediaan?

• Buat persediaan mental. Sedarlah bahawa bencana boleh berlaku, dan anda berserta keluarga anda akan menghadapi bahaya. Sudah terlambat untuk membuat persediaan selepas bencana berlaku.

• Ketahuilah apa bencana yang mungkin berlaku di kawasan anda, dan lokasi tempat perlindungan. Pastikan bahawa struktur rumah anda berada dalam keadaan yang baik, dan rumah anda berada di lokasi yang selamat. Singkirkan apa sahaja bahan yang mudah terbakar. Pasang alat pengesan asap, dan tukar baterinya sekurang-kurangnya sekali setahun.

• Sediakan bekalan kecemasan. Bekalan elektrik dan air, perkhidmatan telefon, dan pengangkutan awam mungkin dihentikan. Jika anda ada kereta, pastikan tangki minyak kereta anda sekurang-kurangnya separuh penuh. Pastikan juga bahawa anda sentiasa mempunyai makanan, air, dan kit kecemasan di rumah anda.

• Sediakan senarai nombor telefon kawan-kawan anda yang tinggal di kawasan dekat dan jauh.

• Buatlah pelan kecemasan dan adakan latihan. Kenal pasti pintu keluar yang terdekat dalam bangunan anda, dan ajarlah anak-anak tentang apa yang harus dilakukan jika bencana berlaku sewaktu mereka di sekolah. Tetapkan tempat berkumpul untuk keluarga anda, seperti sekolah atau perpustakaan; satu di tempat yang dekat, dan satu lagi di tempat yang jauh. Pihak berkuasa mencadangkan agar anda dan keluarga mengadakan latihan dengan berjalan kaki ke tempat-tempat itu.

• Buatlah rancangan untuk membantu orang lain, termasuk orang yang tua atau sakit.

2-8 JUN

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN AMSAL 16

Permata Rohani

it-1-E 629

Disiplin

Kesan Mendengar atau Menolak Disiplin. Apabila orang jahat, orang bodoh, atau orang yang tidak bermoral menolak disiplin Yehuwa, mereka menunjukkan bahawa mereka membenci bimbingan-Nya. (Mz 50:16, 17; Ams 1:7) Akibatnya, mereka menerima disiplin atau membawa hukuman yang lebih berat kepada diri sendiri. Buku Amsal kata, “Kebodohan menyebabkan orang yang bebal dihukum.” (Ams 16:22) Mereka mungkin menjadi miskin, memalukan diri, mendapat penyakit, atau memendekkan umur sendiri. Daripada sejarah orang Israel, kita dapat lihat betapa teruk akibat menolak disiplin Yehuwa. Mereka langsung tidak mempedulikan disiplin dalam bentuk nasihat dan teguran daripada para nabi. Yehuwa juga memberi mereka disiplin dengan tidak melindungi atau memberkati mereka. Sedihnya, mereka tidak mengendahkan disiplin ini juga. Maka, amaran yang telah Yehuwa berikan telah menjadi kenyataan. Akhirnya, mereka mendapat disiplin yang paling berat, iaitu mereka ditawan dan dibawa ke tanah asing.​—Yer 2:30; 5:3; 7:28; 17:23; 32:33; Ho 7:12-16; 10:10; Zef 3:2.

9-15 JUN

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN AMSAL 17

Nikmati Kedamaian dalam Perkahwinan Anda

g-E 9/14 11 ¶2

Cara untuk Tidak Menaruh Dendam

Periksalah diri dengan jujur. Bible kata bahawa sesetengah orang “cepat marah” dan “cenderung murka.” (Amsal 29:22) Adakah anda mempunyai sikap begini? Tanyalah diri: “Adakah saya mudah marah dan menaruh dendam? Adakah saya mudah tersinggung? Adakah saya sering membesar-besarkan hal yang kecil?” Bible kata bahawa “orang yang asyik mengungkit kesalahan memutuskan persahabatan.” (Amsal 17:9; Pengkhutbah 7:9) Hal ini boleh berlaku dalam perkahwinan juga. Jadi, jika anda cenderung marah dan berdendam, tanyalah diri, “Dapatkah saya lebih bersabar dengan pasangan saya?”​—Prinsip Bible: 1 Petrus 4:8.

w08-E 5/1 10 ¶6–11 ¶1

Menyelesaikan Masalah

1. Tetapkan masa untuk bincangkan isu tersebut. “Ada waktu yang tertentu untuk segala sesuatu. . . . Ada waktu untuk berdiam, dan ada waktu untuk bercakap.” (Pengkhutbah 3:1, 7) Seperti situasi yang digambarkan tadi, terdapat masalah yang boleh menimbulkan perasaan yang kuat. Jika hal itu berlaku, cubalah kawal diri, atau “berdiam,” sebelum timbul kemarahan. Anda dapat mengelakkan situasi yang mungkin merosakkan perkahwinan anda dengan mengikut nasihat Bible ini: “Permulaan pertengkaran bagaikan retak pada empangan; cegahlah pertengkaran sebelum bermula.”​—Amsal 17:14, Alkitab Berita Baik.

Tapi, “ada waktu untuk bercakap” juga. Jika kita mengabaikan masalah itu, seperti lalang, hal itu boleh bertumbuh menjadi banyak. Jadi, ambillah langkah untuk menangani isu itu dalam masa yang terdekat. Pilihlah masa yang sesuai untuk bincangkan masalah itu dengan pasangan anda, dan pastikan anda tepati kata-kata anda. Dengan itu, anda sedang menunjukkan hormat kepada pasangan anda. Selain itu, anda berdua sedang menerapkan nasihat Bible yang berbunyi, “Janganlah membiarkan kemarahan kamu berlanjutan sampai matahari terbenam.”​—Efesus 4:26.

16-22 JUN

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN AMSAL 18

Permata Rohani

w07-E 7/15 12 ¶4-5

“Kebijaksanaan Dapat Melindungi Seseorang”

Raja Israel berkata, “Seseorang mungkin membuang undi, tetapi Yehuwalah yang akan menentukan keputusannya.” (Amsal 16:33) Pada zaman Israel kuno, Yehuwa ada kalanya menyingkapkan kehendak-Nya dengan cara membuang undi. Mula-mula, doa diucapkan untuk memohon agar Yehuwa menyatakan keputusan-Nya mengenai suatu perkara. Kemudian, batu kecil atau serpihan kayu diletakkan dalam lipatan jubah atau bekas lalu digoncangkan. Undi yang dipilih ialah undi yang jatuh keluar atau yang dicabut. Undi tersebut dianggap sebagai petunjuk daripada Tuhan.

Tetapi, Yehuwa tidak lagi menggunakan cara ini untuk menyingkapkan kehendak-Nya kepada umat-Nya. Sebaliknya, Dia memberitahu kita kehendak-Nya menerusi Firman-Nya, iaitu Bible. Pengetahuan yang tepat dalam Bible penting sekali untuk membantu kita memiliki kebijaksanaan daripada Tuhan. Maka, janganlah biarkan sehari pun berlalu tanpa menyantap makanan rohani daripada Firman Tuhan yang terilham.​—Mazmur 1:1, 2; Matius 4:4.

30 JUN–6 JULAI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN AMSAL 20

Permata Rohani

it-2-E 196 ¶7

Pelita

Amsal 20:27 kata, “Bagi Yehuwa, luahan hati seseorang bagaikan pelita yang dapat mendedahkan apa yang tersembunyi dalam hatinya.” Luahan hati seseorang, tidak kira yang baik atau jahat, adalah seperti pelita yang menyingkapkan keperibadian atau batin seseorang.​—Bandingkan Kis 9:1.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi