PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr25 Julai ms. 1-3
  • Rujukan untuk “Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk “Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian”
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2025
  • Tajuk Kecil
  • 7-13 JULAI
  • 21-27 JULAI
  • 11-17 OGOS
  • 18-24 OGOS
  • 25-31 OGOS
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2025
mwbr25 Julai ms. 1-3

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

© 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania

7-13 JULAI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN AMSAL 21

Prinsip yang Bijak untuk Membina Perkahwinan yang Bahagia

w06-E 9/15 28 ¶13

“Bersukacita dengan Isteri yang Kamu Kahwini sejak Muda”

13 Bagaimana jika hubungan perkahwinan menjadi tegang kerana cara pasangan melayan satu sama lain? Jika begitu, usaha diperlukan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Contohnya, suami isteri mungkin sering menggunakan kata-kata yang kasar dan tidak hormat dalam perbualan mereka. (Amsal 12:18) Tabiat ini pasti membawa kesan yang parah. Bible kata, “Lebih baik tinggal di padang belantara, daripada tinggal bersama isteri yang suka bertengkar dan yang cepat marah.” (Amsal 21:19) Jika anda seorang isteri, tanyalah diri, “Adakah suami saya tidak tahan bersama-sama saya kerana sikap dan perangai saya?” Bible juga menasihati para suami, “Teruslah mengasihi isteri kamu dan janganlah berlaku kasar terhadap mereka.” (Kolose 3:19) Jika anda seorang suami, tanyalah diri, “Adakah sikap saya yang dingin menyebabkan isteri saya ingin menagih kasih daripada orang lain?” Sudah tentu, situasi ini bukanlah alasan untuk berlaku curang atau melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral. Untuk mengelakkan tragedi ini, suami isteri harus berkomunikasi dengan terbuka tentang masalah yang mereka hadapi.

21-27 JULAI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN AMSAL 23

Permata Rohani

w04-E 11/1 31 ¶2

Pertanyaan Pembaca

Seseorang yang mengalami obesiti mungkin bersikap gelojoh, tetapi hal ini tidak semestinya benar. Dia mungkin mengalami obesiti kerana masalah kesihatan atau faktor genetik. Ingatlah, obesiti berkaitan dengan keadaan fizikal seseorang manakala kegelojohan pula berpunca daripada sikap dan pemikirannya. Obesiti didefinisikan sebagai “keadaan di mana seseorang mempunyai lebihan lemak badan.” Kegelojohan pula bermaksud “tabiat makan atau minum secara berlebihan, dan sering kali dikaitkan dengan ketamakan atau keinginan yang melampau.” Maka, saiz badan seseorang tidak menentukan sama ada dia bersikap gelojoh atau tidak. Seorang yang gelojoh mungkin mempunyai saiz badan yang normal atau bahkan kurus. Selain itu, pandangan umum terhadap berat atau bentuk badan yang sesuai berbeza dari tempat ke tempat.

11-17 OGOS

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN AMSAL 26

Jauhilah “Orang Bodoh”

it-2-E 729 ¶6

Hujan

Musim. Terdapat dua musim yang utama di Tanah yang Dijanjikan, iaitu musim panas dan musim sejuk, atau juga dikenali sebagai musim kering dan musim hujan. (Bandingkan Mz 32:4; Kid 2:11) Terdapat sedikit saja hujan dari pertengahan bulan April hingga pertengahan bulan Oktober, iaitu semasa musim menuai. Amsal 26:1 menunjukkan bahawa hujan biasanya tidak sepatutnya turun pada musim menuai. (Bandingkan 1Sa 12:17-19.) Semasa musim sejuk, hujan tidak turun secara berterusan dan terdapat juga hari yang cerah. Namun, jika terdapat hujan, suhunya akan turun dan menjadi sangat sejuk. (Ez 10:9, 13) Jadi, tempat berlindung yang selesa sangat diperlukan.​—Yes 4:6; 25:4; 32:2; Ayb 24:8.

w87-E 10/1 19 ¶12

Disiplin Akan Menuai Buah Kedamaian

12 Sesetengah orang memerlukan disiplin yang lebih tegas. Seperti yang dinyatakan di Amsal 26:3, “cambuk adalah untuk kuda, kekang adalah untuk keldai, dan rotan adalah untuk orang yang bodoh.” Yehuwa juga pernah mengizinkan bangsa Israel menanggung kesusahan akibat perbuatan buruk mereka sendiri. Bible kata, “Mereka memberontak dan melawan firman Tuhan serta meremehkan nasihat daripada Yang Maha Tinggi. Maka Dia merendahkan hati mereka dengan membiarkan mereka dilanda kesusahan; mereka tersandung tetapi tiada orang yang menghulurkan bantuan. Dalam kesusahan itu, mereka berseru kepada Yehuwa untuk meminta tolong, dan Dia menyelamatkan mereka daripada keperitan mereka.” (Mazmur 107:11-13) Namun, terdapat orang bodoh yang begitu keras hati dan tidak mahu menerima sebarang disiplin. Mengenai mereka, Bible kata, “Orang yang tetap berdegil walaupun ditegur berkali-kali akan remuk secara tiba-tiba dan tidak dapat pulih lagi.”​—Amsal 29:1.

it-2-E 191 ¶4

Lumpuh

Digunakan sebagai kata-kata hikmat. “Orang yang mempercayakan suatu perkara kepada orang bodoh bagaikan orang yang melumpuhkan kakinya dan mencederakan dirinya,” kata Raja Salomo yang bijaksana. Seseorang yang menyerahkan sesuatu kerja kepada seorang yang bodoh akan merugikan diri sendiri. Kerjanya pasti akan gagal dan dia juga akan mendapat padah.​—Ams 26:6.

Permata Rohani

it-1-E 846

Orang Bodoh

Amsal 26:4 kata, “Jangan menjawab orang bebal menurut kebodohannya.” Ungkapan ‘menjawab menurut kebodohannya’ bermaksud kita sedang berdebat mengikut pemikirannya yang tidak masuk akal. Hal ini memang tidak bermanfaat. Maka, kita harus menghindarinya. Sebaliknya, Amsal 26:5 menasihati kita untuk ‘menjawab orang bebal agar dapat mendedahkan kebodohannya.’ Kita dapat berbuat demikian dengan meneliti dan mendedahkan pemikirannya yang salah.

18-24 OGOS

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN AMSAL 27

Sahabat yang Sejati Membawa Banyak Kebaikan kepada Kita

it-2-E 491 ¶3

Jiran

Buku Amsal menasihati kita untuk mempercayai dan meminta bantuan daripada seorang sahabat semasa dalam kesusahan. Amsal 27:10 kata, “Jangan mengabaikan sahabatmu atau sahabat bapamu, dan jangan memasuki rumah saudara kandungmu ketika kamu berada dalam kesusahan; sahabat [Ibrani, sha·khenʹ, “jiran”] yang dekat lebih baik daripada saudara kandung yang jauh.” Penulis buku Amsal menonjolkan bahawa seorang sahabat yang rapat sangat berharga. Maka, semasa menghadapi cabaran, kita patut meminta bantuan daripada sahabat rapat yang tinggal berdekatan berbanding saudara-mara yang tinggal jauh. Hal ini kerana sahabat kita mungkin berada dalam keadaan yang lebih sesuai untuk membantu kita.

25-31 OGOS

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN AMSAL 28

Perbezaan antara Orang Baik dengan Orang Jahat

w93-E 5/15 26 ¶2

Adakah Anda Mentaati Yehuwa dengan Sepenuh Hati?

“ORANG baik berani seperti singa.” (Amsal 28:1) Mereka menunjukkan iman, menaruh keyakinan sepenuhnya kepada Firman Tuhan, dan terus melakukan khidmat kepada Yehuwa dengan berani walaupun menghadapi bahaya.

it-1-E 1211 ¶4

Kesetiaan

Seseorang dapat terus memperlihatkan kesetiaan bukan kerana kekuatan dan azamnya sendiri. Sebaliknya, dia dapat melakukannya kerana imannya yang teguh kepada Yehuwa dan perlindungan-Nya. (Mz 25:21) Yehuwa berjanji bahawa Dia akan menjadi “perisai” dan “perlindungan” bagi orang yang setia. (Ams 2:6-8; 10:29; Mz 41:12) Oleh sebab mereka selalu mencari perkenan Yehuwa, mereka menikmati kestabilan dan dapat menempuh haluan yang lurus sehingga mencapai matlamat mereka. (Mz 26:1-3; Ams 11:5; 28:18) Meskipun demikian, Ayub memperhatikan bahawa orang yang baik turut dimusnahkan bersama orang jahat kerana pemerintahan manusia yang jahat. Tetapi Yehuwa sedar akan apa yang dialami oleh orang yang tidak bercela dan berjanji untuk memberi mereka warisan yang kekal. Mereka akan menikmati masa depan yang damai dan dikurniai perkara-perkara yang baik. (Ayb 9:20-22; Mz 37:18, 19, 37; 84:11; Ams 28:10) Seperti yang dilihat daripada kisah Ayub, kesetiaan dan bukannya kekayaan yang membuat seseorang benar-benar berharga dan dihormati. (Ams 19:1; 28:6) Anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang menunjukkan kesetiaan juga amat berbahagia. (Ams 20:7) Hal ini kerana mereka mendapat warisan yang bernilai, iaitu reputasi baik ibu bapa dan penghormatan yang diberikan kepada mereka.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi