PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr25 September ms. 1-2
  • Rujukan untuk “Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk “Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian”
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2025
  • Tajuk Kecil
  • 8-14 SEPTEMBER
  • 22-28 SEPTEMBER
  • 27 OKTOBER–2 NOVEMBER
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2025
mwbr25 September ms. 1-2

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

© 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania

8-14 SEPTEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN AMSAL 30

Permata Rohani

w09-E 4/15 17 ¶11-13

Kebijaksanaan Yehuwa Dapat Dilihat melalui Ciptaan

11 Tikus gunung ialah binatang yang kecil tetapi dapat memberi kita pengajaran yang penting. (Baca Amsal 30:26.) Binatang ini kelihatan seperti arnab yang besar dengan telinga pendek dan bulat serta kaki yang pendek. Tikus gunung membuat rumahnya di bukit batu dan celah-celahnya. Tempat itu sesuai kerana dapat berlindung daripada pemangsa. Tambahan lagi, tikus gunung ada penglihatan yang tajam dan suka hidup berkelompok. Ini membantu binatang itu lebih selamat dan tetap hangat semasa musim sejuk.

12 Apakah pengajarannya bagi kita? Pertama, binatang ini sangat peka dan selalu berlindung daripada serangan pemangsa. Apabila melihat bahaya dari jauh, tikus itu akan tetap bersembunyi di lubang dan celah-celah batu. Begitu juga, kita harus peka dan melihat jerat-jerat dunia Syaitan. Perhatikan nasihat Rasul Petrus ini: “Teruslah memelihara daya pemikiran kamu dan berjaga-jagalah. Si Iblis, musuh kamu, sedang merayau-rayau seperti seekor singa yang mengaum sambil mencari mangsa untuk dibaham.” (1 Ptr. 5:8) Yesus memberi kita teladan yang baik. Semasa di bumi, Yesus tetap berjaga-jaga dan tidak lalai terhadap serangan Syaitan untuk mematahkan kesetiaannya.​—Mat. 4:1-11.

13 Satu cara kita berjaga-jaga adalah dengan memanfaatkan perlindungan rohani yang disediakan Yehuwa. Kita juga tidak mahu mengabaikan pembelajaran peribadi dan perjumpaan Kristian. (Luk. 4:4; Ibr. 10:24, 25) Kedua, sepertimana tikus gunung yang suka hidup berkelompok, kita juga harus sentiasa akrab dengan rakan seiman. Dengan itu, kita dapat saling menggalakkan. (Rm. 1:12) Apabila kita memanfaatkan semua perlindungan yang Yehuwa sediakan, ini menunjukkan kita bersetuju dengan kata-kata Daud ini: “Ya Yehuwa, Engkaulah penyelamatku; Engkaulah batu perlindunganku dan kubuku. Ya Tuhanku, Engkaulah gunung batuku. Aku berlindung kepada-Mu.”​—Mzm. 18:2.

22-28 SEPTEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN PENGKHUTBAH 1-2

Permata Rohani

it-E “Pengkhutbah” ¶1

Pengkhutbah

Dalam bahasa Ibrani, perkataan Qo·heʹleth bermaksud “Penghimpun”. Dahulu, raja orang Israel memainkan peranan sebagai penghimpun. (Pkh 1:1, 12) Dia bertanggungjawab untuk menghimpunkan umat Tuhan dan membantu mereka tetap setia kepada Yehuwa. (1Ra 8:1-5, 41-43, 66) Kita dapat tahu seorang raja Israel itu baik jika dia dapat memimpin rakyatnya menyembah Yehuwa. (2Ra 16:1-4; 18:1-6) Sebagai Sang Penghimpun, Salomo telah berusaha untuk mengumpulkan orang Israel dan orang daripada bangsa lain ke Rumah Tuhan. Dalam buku Pengkhutbah, Salomo menggalakkan umat Tuhan untuk melakukan hal yang menyenangkan hati Tuhan dan menjauhi hal yang sia-sia.

27 OKTOBER–2 NOVEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN PENGKHUTBAH 11-12

Sihat Itu Nikmat

g-E 3/15 13 ¶6-7

Udara Segar dan Cahaya Matahari​—Antibiotik Semula Jadi?

Cahaya matahari merupakan pembasmi kuman semula jadi. Menurut Journal of Hospital Infection, “kebanyakan kuman yang tersebar melalui udara tidak tahan cahaya matahari.”

Bagaimanakah anda dapat memanfaatkan hal ini? Anda perlu keluar dan meluangkan masa yang cukup di bawah matahari dan menghirup udara segar. Hal ini baik untuk anda.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi