PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g25 No. 1 ms. 4-5
  • Terima Hakikatnya

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Terima Hakikatnya
  • Sedarlah!—2025
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MENGAPA PENTING
  • APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN
  • Peningkatan Kadar Inflasi di Serata Dunia—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
  • Kandungan
    Sedarlah!—2025
  • Jangan Hilang Harapan
    Sedarlah!—2025
  • Urus Wang dengan Bijak
    Sedarlah!—2025
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2025
g25 No. 1 ms. 4-5
Kolaj: 1. Seorang wanita memilih tomato di pasar. 2. Dia memberikan duit kepada penjual untuk membayar barang yang dibelinya.

KENAIKAN HARGA BARANG​—CARA HADAPINYA

Terima Hakikatnya

Apabila harga barang naik secara beransur-ansur dan gaji kita pun naik, kita mungkin tidak rasa apa-apa. Namun apabila harga barang melambung tinggi dan gaji kita tidak berubah, kita mungkin berasa risau dan stres, terutamanya jika kita perlu menyara keluarga.

Kenaikan harga barang memang di luar kawalan kita, tetapi jika kita menerima hakikatnya, hal itu bermanfaat untuk kita.

MENGAPA PENTING

Apabila harga barang naik, orang yang menerima hakikatnya akan berasa lebih senang untuk . . .

  • tetap bertenang. Jika kita tenang, kita dapat berfikir dengan lebih wajar dan membuat keputusan yang lebih bijak.

  • menjauhi tabiat yang buruk, seperti tidak membayar bil atau memboroskan wang.

  • mengelak daripada bertengkar dengan keluarga tentang wang.

  • mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil. Contohnya, mengurangkan perbelanjaan dan membeli apa yang benar-benar diperlukan.

APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN

Sudi membuat penyesuaian. Semasa harga barang melonjak tinggi, adalah bijak untuk cuba mengurangkan perbelanjaan. Sesetengah orang mahu ikut gaya hidup yang di luar kemampuan mereka. Hal ini seperti berenang melawan arus dalam sungai yang deras. Akibatnya, mereka hanya menyusahkan diri sendiri. Sudah tentu, jika anda berumah tangga, anda bertanggungjawab untuk menjaga keperluan mereka. Namun ingatlah, hal yang terpenting bagi keluarga anda ialah kasih, masa, dan perhatian anda.

“Siapakah antara kamu yang dengan kekhuatiran dapat memanjangkan umur walaupun sedikit?”—Lukas 12:​25, Alkitab Berita Baik.

“Janganlah khuatir tentang hari esok, kerana hari esok mempunyai kekhuatirannya sendiri. Cukuplah masalah untuk hari ini.”—Matius 6:34.

Mengikut gaya hidup di luar kemampuan adalah seperti berenang melawan arus dalam sungai yang deras

Phazilya.

“Di 2 Timotius 3:​1, kita sedang hidup pada ‘masa genting yang sukar dihadapi.’ Saya tidak hairan apabila harga barang naik dan ada masalah ekonomi. Saya cuba mengelak daripada membeli barang-barang yang saya tidak perlukan.”—Phazilya, Azerbaijan.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi