PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • my cerita 32
  • Sepuluh Tulah

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Sepuluh Tulah
  • Buku Cerita Bible Saya
  • Bahan yang Berkaitan
  • Tiga Tulah yang Pertama
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Tulah yang Terakhir
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Enam Tulah yang Seterusnya
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Musa dan Harun menemui Firaun
    Buku Cerita Bible Saya
Lihat Selanjutnya
Buku Cerita Bible Saya
my cerita 32
Sungai Nil bertukar menjadi darah, tulah pertama

CERITA 32

Sepuluh Tulah

LIHATLAH gambar-gambar ini. Setiap gambar menunjukkan satu tulah yang telah didatangkan oleh Yehuwa ke atas Mesir. Dalam gambar yang pertama, adik boleh nampak Harun memukul Sungai Nil dengan tongkatnya. Air sungai itu bertukar menjadi darah. Ikan-ikan di dalam air mati dan sungai itu mulai berbau busuk.

Firaun menghalau katak-katak dari tempat tidurnya semasa tulah kedua

Seterusnya, Yehuwa menyebabkan katak-katak melompat keluar dari Sungai Nil. Katak-katak boleh didapati di merata tempat. Terdapat katak-katak di dalam ketuhar, di tempat mengadun roti, dan di atas katil-katil orang. Apabila katak-katak itu mati, orang Mesir mengumpulkan bangkai katak-katak itu sampai berlonggok-longgok banyaknya. Seluruh Mesir berbau busuk.

Kemudian, Harun memukul tanah dengan tongkatnya, dan debu dari tanah berubah menjadi agas. Agas merupakan sejenis serangga kecil yang boleh terbang dan yang boleh menggigit. Ini merupakan tulah ketiga yang berlaku di Mesir.

Seorang wanita digigit agas-agas semasa tulah ketiga

Tulah-tulah yang seterusnya mendatangkan kesan yang buruk kepada orang Mesir, tetapi tidak mendatangkan apa-apa kesan buruk kepada orang Israel. Tulah yang keempat ialah tulah lalat yang besar. Kawanan demi kawanan lalat yang besar terbang masuk ke dalam semua rumah orang Mesir. Tulah yang kelima pula menyebabkan banyak lembu, biri-biri, dan kambing ternakan kepunyaan orang Mesir mati.

Selepas itu, Musa dan Harun mengambil sedikit abu lalu membuang abu itu ke udara. Abu itu menyebabkan bisul yang teruk pada manusia dan binatang. Inilah tulah yang keenam.

Kemudian, Musa mengangkat tangannya ke arah langit, dan Yehuwa mendatangkan guruh dan ribut hujan batu. Hujan batu yang turun pada masa itu merupakan hujan batu yang paling dahsyat dalam sejarah orang Mesir.

Orang Mesir cuba melarikan diri daripada kawanan lalat semasa tulah keempat
Binatang ternakan orang Mesir mati semasa tulah kelima

Tulah yang kelapan ialah serangan kawanan belalang juta. Manusia tidak pernah mengalami serangan belalang juta yang begitu banyak. Belalang-belalang juta itu memakan apa sahaja yang tidak dimusnahkan oleh hujan batu.

Tulah yang kesembilan ialah tulah kegelapan. Selama tiga hari, seluruh Mesir gelap-gelita. Walau bagaimanapun, tempat tinggal orang Israel tetap terang.

Akhirnya, Tuhan menyuruh umat-Nya untuk merenjiskan darah seekor anak kambing atau seekor anak biri-biri pada tiang pintu rumah mereka. Selepas itu, malaikat Tuhan terbang melalui Mesir. Apabila malaikat Tuhan melihat darah pada tiang pintu sesebuah rumah, dia tidak akan membunuh sesiapa yang berada di dalam rumah itu. Tetapi, dia membunuh anak sulung manusia dan anak sulung binatang-binatang yang berada di dalam rumah yang tidak mempunyai darah pada tiang pintu. Inilah tulah yang kesepuluh.

Selepas tulah yang terakhir ini, Firaun menyuruh orang Israel untuk meninggalkan Mesir. Umat Tuhan sudah bersiap sedia, dan pada malam itu juga mereka meninggalkan Mesir.

Keluaran bab 7 hingga bab 12.

Soalan Pembelajaran

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi