PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • T-33 ms. 1-4
  • Siapakah Sebenarnya yang Mengawal Dunia Ini?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Siapakah Sebenarnya yang Mengawal Dunia Ini?
  • Siapakah Sebenarnya yang Mengawal Dunia Ini?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apakah yang Akan Terjadi pada Masa Depan?
    Apakah yang Akan Terjadi pada Masa Depan?
  • Apa Itu Kerajaan Tuhan?
    Apa Itu Kerajaan Tuhan?
  • Bolehkah Orang yang Sudah Mati Hidup Semula?
    Bolehkah Orang yang Sudah Mati Hidup Semula?
  • Adakah Kita Akan Terus Menderita?
    Adakah Kita Akan Terus Menderita?
Lihat Selanjutnya
Siapakah Sebenarnya yang Mengawal Dunia Ini?
T-33 ms. 1-4

Siapakah Sebenarnya yang Mengawal Dunia Ini?

Adakah dunia ini di bawah kuasa . . .

  • Tuhan?

  • manusia?

  • Syaitan?

JAWAPAN BIBLE

“Seluruh dunia ini di bawah kuasa Iblis.”​—1 Yohanes 5:19.

“Anak Tuhan datang bagi memusnahkan pekerjaan Iblis.”​—1 Yohanes 3:8, Alkitab Berita Baik.

BIBLE MEMBANTU ANDA

Memahami mengapa dunia dipenuhi masalah.​—Wahyu 12:12.

Mempunyai harapan bahawa dunia akan bertambah baik.​—1 Yohanes 2:17.

Syaitan mengawal politik dunia, tentera, agama, dan orang di bumi

BOLEHKAH KITA MEMPERCAYAI BIBLE?

Boleh. Mari kita lihat tiga sebab berikut:

  • Usaha Syaitan pasti gagal. Tuhan Yehuwa akan memastikan bahawa Syaitan tidak lagi mengawal dunia. Dia berjanji akan “membinasakan Iblis” dan menghilangkan semua masalah yang disebabkan oleh Syaitan.​—Ibrani 2:14, Terjemahan Dunia Baharu.

  • Tuhan memilih Yesus Kristus untuk menjadi raja. Yesus tidak seperti Syaitan yang kejam dan mementingkan diri. Tuhan berjanji bahawa Raja Yesus akan “mengasihani orang yang miskin dan orang yang lemah, dan . . . menyelamatkan mereka daripada keganasan dan penindasan.”​—Mazmur 72:13, 14.

  • Tuhan tidak dapat berbohong. Bible berkata, “Tidak mungkin Tuhan akan berdusta.” (Ibrani 6:18) Semua janji Yehuwa pasti terjadi! (Yesaya 55:10, 11) “Pemerintah dunia ini akan diusir.”​—Yohanes 12:31.

CUBA FIKIRKAN

Sebuah keluarga menikmati masa bersama

Apakah keadaan dunia selepas Iblis dimusnahkan?

Bible memberikan jawapannya di MAZMUR 37:10, 11 dan WAHYU 21:3, 4.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi