PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • T-35 ms. 1-4
  • Bolehkah Orang yang Sudah Mati Hidup Semula?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bolehkah Orang yang Sudah Mati Hidup Semula?
  • Bolehkah Orang yang Sudah Mati Hidup Semula?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apakah yang Akan Terjadi pada Masa Depan?
    Apakah yang Akan Terjadi pada Masa Depan?
  • Adakah Kita Akan Terus Menderita?
    Adakah Kita Akan Terus Menderita?
  • Siapakah Sebenarnya yang Mengawal Dunia Ini?
    Siapakah Sebenarnya yang Mengawal Dunia Ini?
  • Apa Itu Kerajaan Tuhan?
    Apa Itu Kerajaan Tuhan?
Lihat Selanjutnya
Bolehkah Orang yang Sudah Mati Hidup Semula?
T-35 ms. 1-4
Ibu bapa sedang melihat gambar anak mereka yang sudah meninggal

Bolehkah Orang yang Sudah Mati Hidup Semula?

Adakah anda menjawab . . .

  • ya?

  • tidak?

  • mungkin?

JAWAPAN BIBLE

“Tuhan akan membangkitkan orang.”​—Kisah 24:15, Terjemahan Dunia Baharu.

BIBLE MEMBANTU ANDA

Berasa lega meskipun orang yang dikasihi meninggal.​—2 Korintus 1:3, 4.

Tidak lagi takut akan kematian.​—Ibrani 2:15.

Memiliki harapan untuk berjumpa semula dengan orang tersayang.​—Yohanes 5:28, 29.

Harapan pembangkitan melegakan hati sebuah keluarga dan seorang balu

BOLEHKAH KITA MEMPERCAYAI BIBLE?

Boleh. Mari kita lihat tiga sebab berikut:

  • Tuhan menciptakan segala-galanya. Bible menyatakan bahawa Tuhan Yehuwa ialah “sumber segala kehidupan.” (Mazmur 36:9; Kisah 17:24, 25) Tuhan memberikan nyawa kepada semua benda hidup. Jadi Dia pasti boleh menghidupkan semula orang yang sudah mati.

  • Tuhan membangkitkan orang pada masa lalu. Tuhan telah membangkitkan orang tua, orang muda, lelaki, dan wanita. Catatan Bible menunjukkan bahawa lapan orang telah dihidupkan semula di bumi. Ada yang baru meninggal, tetapi salah seorang telah mati selama empat hari!​—Yohanes 11:39-44.

  • Tuhan menantikan masanya untuk membangkitkan orang. Yehuwa membenci kematian dan menganggapnya sebagai musuh. (1 Korintus 15:26) Dia menantikan masanya untuk mengalahkan musuh ini dengan membangkitkan orang mati. Tuhan mengingati mereka dan ingin menghidupkan mereka semula di bumi.​—Ayub 14:14, 15.

CUBA FIKIRKAN

Seorang budak lelaki yang menjadi tua

Mengapakah kita menjadi tua dan mati?

Bible memberikan jawapannya di KEJADIAN 3:17-19 dan ROMA 5:12.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi