PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 21 ms. 54-ms. 55 per. 1
  • Tulah yang Terakhir

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tulah yang Terakhir
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Musa dan Harun menemui Firaun
    Buku Cerita Bible Saya
  • Tiga Tulah yang Pertama
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Tuhan Menyelamatkan Umat Israel
    Bible—Apakah Mesejnya?
  • Raja yang Jahat Memerintah Mesir
    Buku Cerita Bible Saya
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 21 ms. 54-ms. 55 per. 1
Seorang lelaki Israel menyapu darah pada pintu

CERITA 21

Tulah yang Terakhir

Musa berjanji bahawa dia tidak akan berjumpa dengan Firaun lagi. Tetapi sebelum dia pergi, dia memberitahu Firaun, “Pada tengah malam, setiap anak lelaki yang sulung, tidak kira anakmu ataupun anak hamba-hamba di Mesir, akan mati.”

Yehuwa menyuruh orang Israel untuk mengadakan jamuan yang istimewa. Dia berkata, “Bunuhlah seekor biri-biri atau kambing yang berumur satu tahun. Kemudian, sapu sedikit darah binatang itu pada pintu kamu. Panggang dagingnya dan makan dengan roti yang tidak beragi. Bersedialah untuk keluar dari Mesir kerana malam ini Aku akan membebaskan kamu.” Bayangkanlah betapa gembiranya orang Israel!

Pada tengah malam, Yehuwa menghantar malaikat-Nya ke setiap rumah di Mesir. Malaikat itu membunuh anak lelaki yang sulung di rumah yang tidak ditandakan dengan darah. Maka setiap keluarga orang Mesir, tidak kira kaya atau miskin, telah kehilangan seorang anak. Tetapi anak orang Israel tidak diapa-apakan kerana pintu rumah mereka disapu dengan darah.

Anak lelaki Firaun juga dibunuh. Akhirnya, Firaun menyerah lalu berkata, “Pergi dari sini dan sembahlah Tuhan kamu. Bawa binatang kamu juga!”

Di bawah cahaya bulan purnama, orang Israel berangkat mengikut keluarga dan suku masing-masing. Kira-kira 600,000 lelaki Israel serta banyak wanita dan kanak-kanak telah meninggalkan Mesir. Selain itu, ada bangsa lain yang pergi bersama orang Israel supaya mereka juga dapat menyembah Yehuwa. Akhirnya, orang Israel sudah bebas!

Untuk mengingati cara Yehuwa menyelamatkan mereka, orang Israel perlu menyambut Perayaan Paska setiap tahun. Semasa perayaan itu, mereka akan mengadakan sebuah jamuan istimewa seperti yang dilakukan mereka sebelum meninggalkan Mesir.

Orang Israel keluar dari Mesir

“Aku membiarkan kamu terus hidup atas sebab ini: Untuk menunjukkan kuasa-Ku melalui kamu dan untuk mengisytiharkan nama-Ku di serata bumi.”​—Roma 9:17

Soalan: Apakah tulah yang terakhir? Apakah yang perlu dilakukan oleh orang Israel agar dilindungi daripada tulah itu?

Keluaran 11:1–12:42; 13:3-10

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi