PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 9/07 ms. 1
  • Surat daripada Pejabat Cawangan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Surat daripada Pejabat Cawangan
  • Kerja Teokratik Kita—2007
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apakah Kerja yang Dilakukan di Pejabat Cawangan?
    Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
  • Cara-Cara untuk Meluaskan Khidmat Anda
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
  • Cara-Cara untuk Menyebarkan Berita Baik
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
Kerja Teokratik Kita—2007
km 9/07 ms. 1

Surat daripada Pejabat Cawangan

Para penyiar yang dikasihi,

Kita berasa gembira untuk melihat perkembangan kerja pendidikan Bible di bawah jagaan cawangan kita sepanjang tahun aktiviti penyebaran 2007! Pada bulan April, kita telah mencapai bilangan penyiar yang tertinggi dalam sejarah Malaysia, iaitu 2,919 orang. Pada bulan tersebut, kita juga telah mencatatkan jumlah tertinggi yang baru dalam beberapa aspek aktiviti penyebaran kita, yakni 88,084 jam, 79,788 naskhah majalah, dan 5,271 pembelajaran Bible. Kita berasa bangga kerana seramai 7,837 orang telah menghadiri sambutan Peringatan. Angka ini merupakan pertambahan sebanyak enam peratus berbanding dengan tahun lepas. Betapa banyaknya berkat yang telah kita terima daripada Yehuwa!

Di serata kawasan penyebaran cawangan kita, sejumlah 115,315 helai Kingdom News No. 37, “The End of False Religion is Near!” telah diedarkan. Sebelum menerima risalah itu, seorang penghuni rumah menanyakan sama ada saudari kita percaya akan ajaran Triniti atau tidak. Apabila saudari kita menjawab “tidak”, penghuni rumah itu menerima Kingdom News dengan rela dan mempelawa saudari kita ke dalam rumahnya. Dia mengatakan bahawa jika saudari tersebut telah menjawab “ya”, dia tidak akan menerima risalah itu dan mungkin akan mengusirnya. Penghuni itu telah pergi ke gereja untuk bertahun-tahun. Sepanjang masa itu, dia tidak dapat menerima ajaran Triniti yang tidak logik. Dia tentu akan naik darah jika seseorang yang percaya akan ajaran itu mencuba memberikan kesaksian kepadanya. Kini, wanita yang lanjut usia ini sedang mempelajari Bible secara tetap dan sedang memperlihatkan kemajuan yang baik. Ramai orang yang berminat telah menggunakan kupon di belakang Kingdom News untuk meminta brosur Keep on the Watch! dan pembelajaran Bible.

Objektif kempen-kempen sebegini adalah untuk membantu mereka yang berhati jujur untuk mempelajari apa yang sebenarnya diajarkan oleh Bible. (Mat. 28:​19, 20) Seraya kita menjalankan kerja penyebaran, jangan lupa untuk mencatatkan butir-butir mereka yang berminat dan kembali dengan matlamat untuk memulakan pembelajaran Bible. Kami berasa gembira kerana dapat terus berganding bahu dengan anda dalam aktiviti yang penting ini. Terimalah salam kasih Kristian kami.

Saudara-saudaramu,

Pejabat Cawangan Malaysia

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi