Hari Istimewa untuk Menawarkan Pembelajaran Bible
1 Bermula Januari, setiap sidang akan mengekhaskan satu hari pada hujung minggu, misalnya pada minggu pertama setiap bulan, untuk memberi tumpuan pada kerja menawarkan pembelajaran Bible. Mengikut keadaan tempatan, hari Sabtu atau Ahad boleh dikhaskan untuk tujuan ini. Jika penghuni rumah enggan menerima pembelajaran Bible pada hari itu, para penyiar masih boleh menawarkan brosur Dikehendaki. Bagi penghuni rumah yang membaca bahasa lain, buku “Bible Ajarkan” (What Does the Bible Really Teach?) atau majalah tempatan yang terkini boleh ditawarkan. Semua penatua dan pembantu sidang patut merancang untuk mengambil bahagian dengan sepenuhnya dalam aktiviti ini dan membantu para penyiar untuk memulakan pembelajaran Bible.
2 Jawatankuasa Sidang akan menetapkan satu hari pada hujung minggu yang telah dikhaskan untuk menawarkan pembelajaran Bible. Dari semasa ke semasa, para penyiar patut diberi peringatan supaya mereka dapat membuat persediaan dan menggandakan usaha untuk menawarkan pembelajaran Bible dari rumah ke rumah dan semasa mengunjungi mereka yang pernah menunjukkan minat.
3 Cara Membuat Persediaan: Kita boleh menemui cadangan-cadangan untuk memulakan pembelajaran Bible daripada sisipan Kerja Teokratik Kita (E), Januari 2006 dan buku kecil Cara Memulakan dan Meneruskan Perbincangan Bible, muka surat 9. Sesetengah penyiar mungkin memilih untuk menggunakan risalah seperti Adakah Anda Ingin Mengetahui Kebenaran? Selain itu, Kerja Teokratik Kita, April 2007, muka surat 3, mengandungi cadangan untuk memulakan pembelajaran Bible semasa mengunjungi mereka yang telah menerima majalah tempatan. Para penatua dan pembantu sidang akan dijadualkan untuk mengendalikan perjumpaan sebelum kerja penyebaran yang ringkas antara 10 hingga 15 minit. Perjumpaan ini harus mengandungi demonstrasi atau perbincangan tentang satu atau dua cadangan praktikal untuk memulakan pembelajaran Bible.
4 Sudah tentu, bukan semua orang akan menerima pembelajaran Bible atau meneruskan pembelajaran mereka untuk jangka masa yang panjang. Namun, hal ini tidak patut menghalang kita daripada terus menawarkan pembelajaran Bible, kerana Yehuwalah yang sedang “menarik” orang yang taat dan rendah hati ke organisasi-Nya. (Yoh. 6:44) Tanggungjawab kita bukan sahaja untuk menaburkan benih kebenaran, tetapi juga untuk memupuk dan menyiram benih yang telah berakar. Hal ini merangkumi kerja mengajarkan Bible kepada mereka yang berhati jujur. Dengan berbuat demikian, kita sedang berkhidmat sebagai rakan sekerja Tuhan.—1 Kor. 3:9.