PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 11/09 ms. 1
  • Bilakah Kita Patut Membuat Kunjungan Kembali?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bilakah Kita Patut Membuat Kunjungan Kembali?
  • Kerja Teokratik Kita—2009
  • Bahan yang Berkaitan
  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Membuat Persediaan untuk Kunjungan Kembali
    Kerja Teokratik Kita—2014
  • Persediaan yang Rapi—Kunci kepada Kunjungan Kembali yang Berkesan
    Kerja Teokratik Kita—2008
  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menyediakan Asas untuk Kunjungan Kembali
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2016
Kerja Teokratik Kita—2009
km 11/09 ms. 1

Bilakah Kita Patut Membuat Kunjungan Kembali?

1. Apakah yang terangkum dalam kerja menjadikan orang murid Yesus?

1 Kerja menjadikan orang murid Yesus merangkumi usaha mengunjungi semula sesiapa sahaja yang sudi belajar tentang Kerajaan Yehuwa. (Mat. 28:19, 20) Masa yang terbaik untuk membuat kunjungan kembali sering kali bergantung pada jadual kita dan juga jadual orang yang berminat itu. Mengapakah kita patut kembali secepat mungkin selepas kunjungan pertama kita?

2, 3. Mengapakah kita patut berusaha untuk kembali secepat mungkin?

2 Mengapa Kembali Secepat Mungkin? Kerja menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan akan tamat tidak lama lagi, dan penghujung sistem ini semakin mendekat. (Mat. 24:14; 1 Ptr. 4:7) Oleh itu, selagi “hari penyelamatan” belum tamat, kita mesti mendengar nasihat untuk “sentiasa bertekun” mengisytiharkan berita daripada Tuhan kepada mereka yang berminat. Hal ini bererti kita perlu kembali secepat mungkin untuk memupuk minat yang telah ditunjukkan.—2 Kor. 6:1, 2; 2 Tim. 4:2.

3 Syaitan tidak akan melepaskan peluang untuk menghapuskan benih Kerajaan Tuhan yang mungkin kita semai dalam hati seseorang yang berminat. (Mrk. 4:14, 15) Ahli keluarga, rakan sekerja, dan orang lain sering kali mempersendakan mereka yang telah menunjukkan minat. Maka, sebelum orang lain berjaya menyebabkan minat mereka mendingin, kita harus kembali dengan cepat untuk menyambung perbualan yang dimulakan pada kunjungan pertama.

4. Pada kunjungan pertama, apakah persediaan yang boleh kita buat untuk kunjungan seterusnya?

4 Buatlah Janji Temu: Semasa kunjungan pertama, buatlah janji temu untuk kembali sebelum anda beredar. Ajukan satu soalan yang akan dijawab pada kunjungan seterusnya. Adalah penting untuk mencatatkan butiran tentang kunjungan pertama dan janji temu anda. Jika jadual anda mengizinkan, anda boleh membuat aturan untuk kembali keesokan hari atau tidak lama kemudian. Jika kunjungan pertama dibuat pada hujung minggu dan orang yang berminat itu bekerja sepanjang minggu, mungkin anda dapat mengunjunginya pada hujung minggu yang seterusnya. Pastikan bahawa anda menepati janji temu anda.—Mat. 5:37.

5. Jelaskan bagaimana usaha untuk kembali secepat mungkin membantu kita melaksanakan amanat Yesus untuk menjadikan orang muridnya.

5 Kita mempunyai banyak alasan yang baik untuk kembali mengunjungi mereka yang berminat tanpa berlengah-lengah. Oleh itu, buatlah janji temu dan kembali secepat mungkin kerana “kita tidak mempunyai banyak masa.” (1 Kor. 7:29) Semakin cepat kita mengunjungi semula mereka yang berminat pada berita Kerajaan Tuhan, semakin banyak hasil yang mungkin diperoleh daripada usaha kita.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi