Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Membuat Persediaan untuk Kunjungan Kembali
Mengapa Penting: Apabila berjumpa dengan orang yang berminat, kita ingin kembali pada masa dia berada di rumah agar dapat menyiram benih kebenaran yang kita tanam. (1 Kor. 3:6) Maka, sebelum beredar ketahuilah bila kita dapat mengunjunginya lagi. Selain itu, adalah baik untuk meninggalkan satu soalan yang akan dibincangkan pada kunjungan seterusnya. Dengan itu, kita dapat memupuk minat penghuni rumah. Jika jawapan bagi soalan tersebut terdapat dalam bahan bacaan yang ditawarkan, kemungkinan besar dia akan membacanya. Persediaan sedemikian akan memudahkan kita membuat kunjungan kembali kerana penghuni rumah sudah mengetahui topik yang akan dibincangkan. Sewaktu kembali, jelaskan bahawa kita ingin menjawab soalan yang ditinggalkan semasa kunjungan sebelum ini.
Cubalah Bulan Ini:
Semasa mempersiapkan penyampaian, sediakan satu soalan untuk ditinggalkan bagi kunjungan kembali. Kongsilah cadangan anda dengan rakan menginjil.