PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 5/10 ms. 3-5
  • “Kamu akan Menjadi Perintis yang Baik!”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • “Kamu akan Menjadi Perintis yang Baik!”
  • Kerja Teokratik Kita—2010
  • Bahan yang Berkaitan
  • Khidmat Perintis Mengeratkan Hubungan Kita dengan Tuhan
    Menara Pengawal—2013
  • Adakah Anda Bekas Perintis Biasa?
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • Bolehkah Anda Memasuki ‘Sebuah Pintu Besar yang Menuju ke Kegiatan’?
    Kerja Teokratik Kita—2007
Kerja Teokratik Kita—2010
km 5/10 ms. 3-5

“Kamu akan Menjadi Perintis yang Baik!”

1. Apakah perasaan seorang saudari terhadap khidmatnya sebagai perintis?

1 “Tiada pekerjaan lain yang begitu memuaskan hati atau memberi saya begitu banyak berkat rohani.” Itulah luahan hati Kathe B. Palm, seorang perintis yang berdedikasi yang telah menghabiskan berpuluh-puluh tahun untuk menjalankan aktiviti penyebaran di seluruh pelosok Chile, Amerika Selatan. Seseorang yang telah memikirkan kepuasan yang diperoleh daripada khidmat sepenuh masa mungkin berkata kepada anda, “Kamu akan menjadi perintis yang baik!”

2. Jelaskan mengapa aktiviti rohani membawa kepuasan hati yang mendalam.

2 Cara Hidup yang Memuaskan: Suri Teladan kita, Yesus, menemui kepuasan sejati dalam melakukan kehendak Bapanya. (Yoh. 4:34) Maka, dengan ikhlas Yesus mengajar para pengikutnya bahawa kepuasan sejati diperoleh daripada menyertai aktiviti yang berkaitan dengan penyembahan Yehuwa. Kita berasa puas apabila kehidupan kita penuh dengan kegiatan yang menyenangkan hati Yehuwa. Oleh itu, semakin banyak masa, tenaga, dan harta-benda yang kita habiskan untuk membantu orang lain, semakin besar kebahagiaan yang kita rasai.—Kis. 20:31, 35.

3. Apakah sukacita yang mungkin kita nikmati kerana meluangkan lebih banyak masa dalam aktiviti penyebaran?

3 Semakin banyak masa yang kita luangkan dalam aktiviti penyebaran, semakin banyak peluang yang kita ada untuk bersukacita kerana dapat memulakan dan mengadakan pembelajaran Bible. Kita mungkin berpendapat bahawa kawasan penyebaran kita mempunyai ramai penghuni rumah yang bersikap endah tak endah. Namun, setelah kita menjadi perintis, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh mungkin akan mengubah pandangan kita terhadap kawasan penyebaran itu. Selepas berkhidmat untuk setahun, para perintis boleh menghadiri Sekolah Latihan Perintis dan memanfaatkan pendidikan yang diterima. (2 Tim. 2:15) Jika kita bertekun, benih-benih kebenaran yang kita semai barangkali akan menghasilkan buah pada kelak hari.—Pkh. 11:6.

4. Apakah yang patut dipertimbangkan oleh orang muda yang bakal meninggalkan bangku sekolah?

4 Orang Muda: Sebelum menghabiskan pendidikan asas, sudahkah anda memikirkan masa depan anda dengan mendalam? Sekarang, kerja sekolah anda mengambil sebahagian besar masa anda. Tetapi selepas meninggalkan bangku sekolah, bagaimanakah anda akan mengisi masa yang terluang itu? Daripada mengejar kerjaya sekular, bukankah lebih baik jika anda berdoa sambil mempertimbangkan khidmat perintis biasa sebagai matlamat anda? Kemahiran yang akan anda pelajari—memberikan kesaksian kepada pelbagai lapisan masyarakat, mengatasi masalah-masalah peribadi, membina disiplin diri, dan mengasah kebolehan mengajar—akan memberi anda manfaat sepanjang hidup.

5. Bagaimanakah ibu bapa dan sidang dapat menggalakkan saudara saudari untuk menjadi perintis?

5 Ibu bapa, adakah anda memainkan peranan anda dalam menggalakkan anak-anak agar menceburi khidmat sepenuh masa? Kata-kata dan teladan baik anda boleh mempengaruhi mereka untuk mengutamakan Kerajaan Tuhan. (Mat. 6:33) Ray telah menjadi perintis selepas tamat sekolah menengah. Dia berkata, “Ibu saya selalu berpendapat bahawa khidmat perintis merupakan cara hidup yang paling memuaskan.” Semua ahli sidang dapat menggalakkan saudara saudari untuk menjadi perintis melalui kata-kata dan sokongan mereka. Jose, yang berasal dari Sepanyol, berkata, “Sidang saya memandang khidmat perintis sebagai kerjaya yang paling bagus untuk orang muda. Ahli-ahli sidang memuji dan menghargai para perintis serta memberi mereka bantuan praktikal. Hal ini memudahkan saya untuk memulakan khidmat perintis.”

6. Jika buat masa ini kita tidak mempunyai keinginan untuk menjadi perintis, apakah yang boleh kita lakukan?

6 Mengatasi Halangan: Anda mungkin berkata, “Saya tidak mempunyai keinginan untuk menjadi perintis.” Jika pada mulanya anda berasa begini, berdoalah kepada Yehuwa, luahkan perasaan anda, dan beritahu-Nya, “Saya tidak tahu sama ada saya sesuai menjadi perintis, tetapi saya ingin melakukan apa yang menyenangkan hati-Mu.” (Mzm. 62:9; Ams. 23:26) Kemudian, dapatkan bimbingan Tuhan melalui Firman dan organisasi-Nya. Ramai perintis biasa “merasai” khidmat perintis dengan menjadi perintis sokongan terlebih dahulu, dan sukacita yang mereka nikmati mendorong mereka untuk menceburi khidmat sepenuh masa sebagai kerjaya hidup.—Mzm. 34:9.

7. Jika kita ragu-ragu sama ada kita dapat memenuhi masa 70 jam yang ditetapkan setiap bulan, apakah yang boleh kita buat?

7 Bagaimana pula jika anda tidak pasti sama ada anda dapat memenuhi masa 70 jam yang ditetapkan setiap bulan? Anda mungkin boleh berbincang dengan perintis lain yang menghadapi situasi yang sama. (Ams. 15:22) Kemudian, buatlah beberapa jadual masa yang sesuai. Anda mungkin mendapati bahawa membeli masa daripada aktiviti-aktiviti yang tidak penting untuk digunakan dalam aktiviti penyebaran tidak begitu susah seperti yang disangka.—Ef. 5:15, 16.

8. Mengapakah kita patut memeriksa semula situasi sendiri dari semasa ke semasa?

8 Memeriksa Semula Situasi Anda: Situasi setiap orang sering berubah. Maka, anda digalakkan untuk memeriksa semula situasi anda dari semasa ke semasa. Contohnya, adakah anda akan bersara dari kerja sekular tidak lama lagi? Randy, yang telah bersara awal, berkata, “Keputusan ini membolehkan saya menjadi perintis biasa bersama isteri saya, dan juga memberi kami peluang untuk berpindah ke kawasan yang lebih memerlukan bantuan. Keputusan saya telah membawa berkat yang tak terhitung banyaknya, tetapi berkat yang terbesar ialah hati nurani yang murni.”

9. Apakah yang patut dipertimbangkan oleh pasangan suami isteri?

9 Selepas memeriksa situasi mereka dengan teliti, sesetengah suami isteri mendapati bahawa mereka berdua tidak perlu bekerja sepenuh masa. Walaupun seluruh keluarga perlu menyederhanakan gaya hidup mereka untuk berbuat demikian, tetapi pengorbanan ini berbaloi. Baru-baru ini, isteri John meletak jawatan daripada kerja sepenuh masanya untuk meluangkan lebih banyak waktu dalam aktiviti penyebaran. John berkata, “Saya gembira sekali untuk mengetahui bahawa isteri saya sibuk dalam hal-hal rohani sepanjang hari.”

10. Apakah yang mendorong orang Kristian untuk mempertimbangkan khidmat perintis?

10 Cara Memperlihatkan Kasih dan Kepercayaan: Yehuwa memberi kita peluang untuk menyertai kerja yang terpenting, iaitu kerja penyebaran. Sistem lama ini akan dimusnahkan tidak lama lagi, dan hanya mereka yang menyeru kepada nama Yehuwa akan diselamatkan. (Rm. 10:13) Hati kita penuh dengan kasih dan rasa syukur kepada Tuhan atas apa yang telah dilakukan oleh-Nya demi kita. Hal ini mendorong kita agar melaksanakan amanat Anak-Nya untuk menjalankan kerja penyebaran dengan penuh semangat. (Mat. 28:19, 20; 1 Yoh. 5:3) Selain itu, kita percaya bahawa kita sedang hidup pada hari-hari terakhir. Kepercayaan ini mendorong kita agar tidak sibuk dengan hal-hal dunia. Sebaliknya, kita akan berusaha sedaya upaya dalam aktiviti penyebaran sementara masih ada masa.—1 Kor. 7:29-31.

11. Jika seseorang memberitahu kita bahawa kita akan menjadi perintis yang baik, apakah sepatutnya reaksi kita?

11 Kita menjadi perintis biasa bukan semata-mata untuk menyahut seruan organisasi Yehuwa; kita berbuat demikian kerana kita mempunyai kasih yang mendalam terhadap Tuhan. Oleh itu, sekiranya seseorang memberitahu anda bahawa anda akan menjadi perintis yang baik, terimalah galakannya. Selepas itu, berdoalah dan pertimbangkan sama ada anda dapat menyertai para perintis dalam khidmat yang memuaskan hati ini.

[Blurb on page 4]

Ibu bapa, adakah anda memainkan peranan anda dalam menggalakkan anak-anak agar menceburi khidmat sepenuh masa?

[Blurb on page 5]

Yehuwa memberi kita peluang untuk menyertai kerja yang terpenting, iaitu kerja penyebaran.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi