PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 3/11 ms. 5-6
  • Adakah Anda Bekas Perintis Biasa?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Anda Bekas Perintis Biasa?
  • Kerja Teokratik Kita—2011
  • Bahan yang Berkaitan
  • Bolehkah Anda Memasuki ‘Sebuah Pintu Besar yang Menuju ke Kegiatan’?
    Kerja Teokratik Kita—2007
  • “Kamu akan Menjadi Perintis yang Baik!”
    Kerja Teokratik Kita—2010
Kerja Teokratik Kita—2011
km 3/11 ms. 5-6

Adakah Anda Bekas Perintis Biasa?

1. Apakah peluang istimewa yang telah dinikmati ramai penyiar? Tetapi sesetengah penyiar terpaksa melakukan apa?

1 Dari tahun ke tahun, ribuan penyiar berpeluang ‘mengajarkan dan mengkhabarkan berita baik’ sebagai penyebar sepenuh masa. (Kis. 5:42) Namun, sesetengah penyiar terpaksa berhenti merintis atas pelbagai alasan. Jika anda bekas perintis biasa, sudahkah anda meneliti keadaan anda sekarang dan memikirkan sama ada anda dapat menjadi perintis sekali lagi?

2. Mengapakah bekas perintis patut meneliti keadaan mereka sekarang?

2 Perubahan Keadaan: Barangkali, situasi yang menyebabkan anda berhenti merintis tidak wujud lagi. Misalnya, anda mungkin terpaksa berhenti kerana tidak dapat memenuhi masa 90 jam yang ditetapkan setiap bulan. Tetapi sekarang masanya telah dikurangkan kepada 70 jam, maka bolehkah anda merintis sekali lagi? Adakah masa bekerja atau tanggungjawab keluarga anda telah dikurangkan sekarang? Seorang saudari berhenti merintis kerana masalah kesihatan, akan tetapi dia kembali merintis pada usia 89 tahun. Sudah setahun lebih dia tidak dimasukkan ke dalam hospital, maka dia berasa bahawa kesihatannya mengizinkannya untuk merintis semula!

3. Bagaimanakah ahli keluarga dapat bekerjasama agar seseorang dalam keluarga mereka dapat merintis?

3 Anda mungkin tidak pernah merintis, tetapi salah seorang dalam keluarga anda telah berhenti merintis agar dapat menjaga ahli keluarga lain, seperti ibu bapa yang lanjut usia. (1 Tim. 5:4, 8) Jika begitu, bolehkah anda atau ahli keluarga yang lain meringankan bebannya? Bincangkanlah hal ini bersama-sama. (Ams. 15:22) Apabila seseorang dapat menjadi perintis kerana adanya kerjasama daripada ahli keluarga yang lain, mereka semua telah membuat sumbangan yang bernilai.

4. Apakah yang boleh anda lakukan jika buat masa ini anda tidak dapat merintis semula?

4 Jangan tawar hati jika keadaan anda sekarang tidak mengizinkan anda untuk merintis semula. Kesudian anda untuk berbuat demikian menyenangkan Yehuwa. (2 Kor. 8:12) Semasa menjalankan aktiviti penyebaran, gunakan kemahiran yang anda peroleh daripada khidmat perintis sebelum ini. Luahkan hasrat anda dalam doa, dan peka terhadap peluang untuk mengubah situasi anda. (1 Yoh. 5:14) Mudah-mudahan Yehuwa akan membuka jalan supaya anda “mempunyai banyak peluang untuk melakukan kerja yang bermanfaat.” Ketika itu, anda akan meraih sukacita daripada khidmat perintis biasa sekali lagi!—1 Kor. 16:9.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi