Jika Anda Memerlukan Bahan Bacaan dalam Bahasa Asing dengan Cepat
Ada masanya, kita berjumpa dengan orang yang menginginkan bahan bacaan kita dalam bahasa asing tetapi sidang kita tidak mempunyai stok. Tahukah anda bahawa jika anda mempunyai talian Internet dan pencetak, anda sendiri boleh mencetak bahan bacaan dalam kira-kira 400 bahasa? Inilah caranya:
• Layari laman Web rasmi kita: www.watchtower.org
• Pada bahagian kanan laman Web itu, beberapa bahasa telah disenaraikan. Klik gambar bumi untuk mendapatkan senarai lengkap bahasa yang ada.
• Klik bahasa pilihan anda. Sebuah laman akan muncul dan menunjukkan bahan bacaan yang boleh dicetak, seperti risalah, brosur, dan rencana-rencana. Memandangkan laman ini menggunakan bahasa pilihan anda, jangan risau jika anda tidak dapat membaca tajuknya.
• Klik mana-mana bahan bacaan. Bahan itu akan muncul pada skrin dan anda boleh mencetaknya menerusi pelayar Web anda.
Laman Web kita mengandungi segelintir bahan bacaan sahaja; bahan-bahan tambahan boleh didapati menerusi sidang. Setelah anda memupuk minat penghuni rumah, adalah baik untuk memesan bahan bacaan daripada Bahagian Bahan Bacaan.