Laman Web Rasmi Kita—Gunakannya semasa Menginjil
Galakkan Orang Menggunakannya: Sesetengah orang yang enggan bercakap dengan kita atau menerima bahan bacaan, sudi melayari jw.org di rumah sendiri untuk belajar lebih lanjut tentang Saksi-Saksi Yehuwa. Jadi, beritahulah orang lain tentang laman Web kita pada setiap kesempatan.
Jawab Soalan: Penghuni rumah, orang yang berminat, atau kenalan kita mungkin menanyakan soalan tentang Saksi-Saksi Yehuwa atau kepercayaan kita. Jawab soalannya dengan serta-merta menerusi alat mudah alih atau komputer. Adalah baik untuk membuka Bible dan membaca terus daripadanya. Jika anda tidak dapat melayari laman Web kita, jelaskan bagaimana dia boleh mencari jawapan daripada jw.org.—Klik “Ajaran Bible/Jawapan kepada Soalan Bible” atau “Tentang Kita/Soalan Lazim.”
Hantar Rencana atau Bahan Bacaan kepada Orang yang Dikenali: Muat turunkan fail PDF atau EPUB dan sertakannya bersama e-mel. Atau muat turunkan rakaman audio bahan bacaan ke dalam cakera padat. Setiap kali anda menghantar buku, brosur, atau majalah elektronik yang lengkap kepada seseorang yang belum dibaptis, anda boleh menghitungnya dalam laporan bulanan. Pastikan anda menyertakan nama pengirim e-mel. Jangan mengirim bahan bacaan kepada banyak orang sekali gus atau memuat naiknya ke laman Web yang lain.—Klik “Bahan Bacaan.”
Tunjukkan Berita Terkini tentang Saksi-Saksi Yehuwa: Dengan ini, pelajar Bible dan orang lain yang anda kunjungi akan tahu tentang kerja sedunia dan perpaduan Kristian kita. (Mzm. 133:1)—Klik “Berita.”
[Gambar pada muka surat 5]
(Sila lihat bahan bacaan untuk keterangan lengkap)
Cubalah
1 Di “Bahan Bacaan,” cari bahan yang ingin dimuat turun, dan klik butang untuk memilih teks atau fail audio dalam bentuk yang anda mahu.
2 Klik butang MP3 untuk menunjukkan senarai rencana. Klik tajuk rencana untuk memuat turun atau ▸ untuk mendengarnya atas talian.
3 Pilih bahasa lain daripada senarai ini jika anda mahu memuat turun bahan bacaan dalam bahasa itu.