Cadangan Penyampaian
Untuk Memulakan Pembelajaran Bible pada Hari Sabtu Pertama Bulan Julai
Terbitan Julai
“Ramai orang mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang tujuan Tuhan terhadap bumi dan manusia. Pada pendapat anda, adakah penting untuk mengetahui jawapannya?” Izinkan maklum balas. Kemudian baca bersama bahan di bawah salah satu soalan yang berhuruf tebal pada muka surat 28-29 serta satu ayat rujukan daripada Bible. Tawarkan majalah, dan buatlah temu janji untuk menjawab soalan yang berikutnya.
“Sesetengah orang mengatakan bahawa manusia berevolusi daripada haiwan. Apakah pendapat anda? [Izinkan maklum balas. Kemudian baca Mazmur 139:14.] Tubuh badan manusia sememangnya mengagumkan. Dan majalah ini menjelaskan bagaimana manusia berbeza daripada haiwan.”