Cadangan Penyampaian
Memulakan Pembelajaran Bible pada Sabtu Pertama Julai
“Mengapakah kita harus berdoa?” [Izinkan maklum balas.] “Tuhan berjanji bahawa kita boleh menjadi sahabat-Nya melalui doa.” [Baca Yakobus 4:8] Apakah yang harus kita doakan, dan bagaimana caranya untuk berdoa? Tawarkan brosur Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya. Buat aturan untuk kembali bagi membincangkan muka surat 24 dan 25.
Cadangan bagi Kunjungan Kembali:
“Sewaktu saya mengunjungi kamu beberapa hari yang lalu, kita ada bincangkan bahawa Tuhan menjemput kita untuk berdoa agar dapat menjadi sahabat-Nya. Tetapi apakah yang harus kita doakan, dan bagaimana caranya untuk berdoa?” Gunakan muka surat 24 dan 25 daripada brosur tersebut untuk meneruskan perbincangan. Buat aturan untuk kembali bagi membincangkan topik lain yang menarik minat mereka daripada brosur tersebut.
Majalah Umum—Julai hingga September
“Mengapa perkara buruk terjadi kepada orang baik? [Izinkan maklum balas.] Adakah Tuhan yang menyebabkannya? [Baca Yakobus 1:13] Rencana pada muka surat 4, menunjukkan 3 sebab mengapa perkara buruk terjadi kepada orang baik dan apa yang akan Tuhan lakukan terhadap perkara buruk. Saya ingin kembali lagi dan membincangkan soalan ini, ‘Bilakah penderitaan akan berakhir?’”
Cadangan bagi Kunjungan Kembali:
Semasa kunjungan kembali, gunakan pelajaran 5 daripada brosur Berita Baik daripada Tuhan. Bincangkan secara ringkas jawapan bagi soalan yang telah anda tinggalkan, “Bilakah penderitaan akan berakhir?” (Lihat soalan 4.)