Cadangan Penyampaian
Untuk Memulakan Pembelajaran Bible pada Julai
Seperti yang telah dinyatakan, kita akan menggunakan sisipan yang bertajuk “Simpan” daripada Kerja Teokratik Kita, Januari 2013 bagi bahagian “Cadangan Penyampaian.” Jangan lupa membawanya bersama semasa anda pergi perjumpaan atau menginjil. Sisipan itu akan digunakan setiap bulan semasa bahagian “Cara Menawarkan Bahan Bacaan pada . . . ” Selain itu, saudara yang mengendalikan perjumpaan sebelum kerja penyebaran akan menggunakan cadangan di dalam sisipan itu untuk mengadakan demonstrasi dan perbincangan.
Jika suatu brosur, risalah, atau penyampaian dalam sisipan itu didapati berkesan dalam kawasan penyebaran anda, kami menggalakkan anda untuk terus menggunakannya.
Berita Baik daripada Tuhan!
“Kami sedang berkongsi ajaran Bible dengan orang di sini. Ramai orang yang kami jumpa tertanya-tanya mengapa Tuhan yang pengasih membenarkan manusia menderita. Adakah semua ini kehendak Tuhan?” Izinkan maklum balas. Kemudian, tunjukkan pelajaran 5. Baca dan bincangkan dua perenggan pertama serta ayat Bible yang dicondongkan. Tawarkan brosur lalu buat aturan untuk kembali dan membincangkan soalan seterusnya yang berhuruf tebal.