“Menawarkan Majalah Lama atau Brosur yang Menarik Minatnya”
Pada sesetengah bulan, kita akan menawarkan brosur Dikehendaki dan cuba memulakan pembelajaran Bible pada kunjungan pertama. Namun, jika penghuni rumah sudah memiliki brosur itu dan tidak ingin mempelajari Bible, kita digalakkan untuk “menawarkan majalah lama atau brosur yang menarik minatnya.” Mengapa?
Brosur dan majalah lama kita mengandungi pelbagai rencana yang praktikal. Barangkali maklumat dalam salah satu bahan bacaan kita akan menggerakkan hati penghuni rumah. Maka, bawalah beberapa brosur atau majalah lama di dalam beg penyebaran anda. Jika anda tiada majalah lama, anda boleh mendapatkannya daripada kaunter majalah. Sekiranya penghuni rumah sudah memiliki brosur Dikehendaki tetapi tidak ingin mempelajari Bible, anda boleh menunjukkan beberapa majalah lama atau brosur yang mungkin menarik minatnya. Selepas itu, rancanglah untuk kembali dan memupuk minatnya. Mudah-mudahan anda dapat memulakan pembelajaran Bible.