Simpan
Adakah Anda Menggunakan Brosur-brosur Ini?
Bible—Apakah Mesejnya?
Disediakan untuk menarik minat mereka yang tidak begitu mengenali Bible, terutamanya mereka yang bukan beragama Kristian
Cara menawarkannya: “Kami ingin mendengar pandangan anda tentang apa yang dinyatakan dalam Firman Tuhan (atau dalam kitab suci ini). [Baca Mazmur 37:11, yang dirujuk di muka surat 14.] Bagaimanakah keadaan bumi jika apa yang digambarkan di sini berlaku? [Izinkan maklum balas.] Ini adalah salah satu contoh harapan dan kelegaan daripada Bible yang boleh dinikmati oleh semua bangsa dan kepercayaan.” Baca perenggan di muka surat 3, dan tawarkan brosur.
Cuba cadangan ini: Jika anda sedang menggunakan buku Ajaran Bible untuk mengajar seseorang yang bukan beragama Kristian, bantunya untuk mendapatkan gambaran keseluruhan Bible. Luangkan beberapa minit pada permulaan atau penghujung setiap pembelajaran untuk membincangkan satu bahagian daripada brosur ini.
A Book for All People
Disediakan untuk menarik minat mereka yang berpendidikan dan tidak begitu mengenali Bible
Cara menawarkannya: Baca 2 Timotius 3:16,17. Kemudian kata: “Adakah anda percaya bahawa Bible ialah Firman Tuhan atau sekadar sebuah buku yang baik? [Izinkan maklum balas.] Ramai orang mempunyai pandangan tersendiri tentang hal ini tetapi hanya segelintir yang pernah menyelidiki Bible secara peribadi. [Baca pengalaman yang terdapat di muka surat 3.] Brosur yang menarik ini menyatakan sebab-sebab orang daripada pelbagai latar belakang dan kepercayaan boleh mengetahui kandungan Bible.”
Cuba cadangan ini: Jika penghuni rumah menerima brosur ini, kata: “Ramai orang berpendapat membaca Bible tidak begitu penting kerana agama telah memberikan gambaran yang salah tentang Bible dan ajarannya. Saya akan berkongsi dengan anda satu contoh pada kunjungan yang seterusnya.” Semasa anda kembali, bincang beberapa maklumat dari muka surat 4-5.
Nuan Ulih Nyadi Pangan Petara!
Disediakan untuk menarik minat mereka yang berpendidikan terhad atau tidak pandai membaca (Brosur ini boleh didapati dalam bahasa Iban.)
Cara menawarkannya: “Pada pendapat anda, bolehkah kita menjadi sahabat Tuhan? [Izinkan maklum balas. Kemudian baca Yakobus 2:23.] Brosur ini disediakan untuk membantu kita menjadi sahabat Tuhan, seperti Abraham.”
Cuba cadangan ini: Sama ada pada kunjungan pertama atau kunjungan kembali, tunjukkan satu pembelajaran Bible dengan membincangkan seluruh atau sebahagian daripada pelajaran 1.
A Satisfying Life—How to Attain It
Disediakan untuk menarik minat mereka yang tiada pegangan agama
Cara menawarkannya: “Kami mengunjungi anda kerana mendapati ramai orang ingin mendapat lebih kepuasan dalam kehidupan mereka. Kita semua mengalami masalah yang menyebabkan kita sedih. Kita mungkin meminta nasihat daripada saudara atau kawan sejati atau mencari maklumat di perpustakaan atau Internet. Di manakah anda boleh mendapat sumber nasihat yang berguna? [Izinkan maklum balas.] Sesetengah orang berasa hairan kerana Bible memberikan nasihat yang berguna. Saya ingin tunjukkan satu contoh di sini. [Tunjuk penghuni bab 2, dan baca salah satu ayat yang dipetik.] Brosur ini disediakan untuk menerangkan bagaimana kita boleh mendapat lebih banyak kepuasan hidup.”
Cuba cadangan ini: Jika penghuni menerima brosur ini, kata: “Ramai orang mengatakan bahawa Bible tidak tepat. Pada kunjungan yang seterusnya, saya ingin berkongsi dengan anda satu contoh menarik tentang ketepatan Bible dari segi sains.” Semasa anda kembali, bincang perenggan 4 di muka surat 12.
The Origin of Life—Five Questions Worth Asking
Disediakan untuk remaja Kristian yang mempelajari evolusi di sekolah dan juga semasa menaakul dengan seorang agnostik, ateis, dan yang mempercayai evolusi (Brosur ini bukan untuk ditawarkan dari rumah ke rumah.)
Cara menawarkannya kepada seseorang yang mempercayai evolusi atau ateis: “Dewasa ini, kebanyakan buku teks sains mengajar evolusi. Adakah anda percaya bahawa evolusi merupakan satu teori atau fakta? [Izinkan maklum balas.] Agar membuat kesimpulan yang berasas, anda pasti setuju bahawa kita perlu melihatnya daripada semua sudut. Brosur ini menyatakan beberapa bukti yang membantu ramai orang percaya bahawa kehidupan adalah hasil daripada ciptaan.”
Cuba cadangan ini: Jika anda ke sekolah, letakkan brosur ini di atas meja dan lihatlah sama ada ini akan membangkitkan rasa ingin tahu rakan sekelas anda.
The Pathway to Peace and Happiness
Disediakan untuk menarik minat mereka yang beragama Buddha
Cara menawarkannya kepada seseorang yang beragama Buddha dan berusia lanjut: “Seperti saya, anda juga mungkin mengambil berat tentang begitu banyaknya ajaran yang tidak bermoral dan kesannya terhadap anak-anak. Pada pendapat anda, mengapakah perbuatan tidak bermoral semakin meningkat dalam kalangan kaum muda? [Izinkan maklum balas.] Tahukah anda bahawa perkara ini telah pun dinyatakan dalam sebuah buku yang ditulis sebelum wujudnya agama Kristian, dan Hindu? [Baca 2 Timotius 3:1-3.] Perhatikan bahawa keadaan ini masih wujud walaupun ajaran yang berterusan diberikan. [Baca ayat 7.] Maklumat dalam bahan bacaan ini membantu saya untuk memahami kebenaran yang tidak diketahui ramai. Sudikah anda membacanya?”
Cuba cadangan ini: Pada kunjungan di masa hadapan, setelah memupuk minat penghuni rumah terhadap Bible, tunjukkan soalan-soalan di muka belakang brosur ini dan kupon untuk buku Ajaran Bible. Jelaskan bahawa anda telah membawa buku ini jika dia ingin melihatnya. Tunjukkan bahagian kandungan buku ini, dan bincang satu atau dua perenggan daripada bab yang dipilihnya.
Lasting Peace and Happiness—How to Find Them
Disediakan untuk menarik minat orang Cina
Cara menawarkannya: “Hari ini kita berdepan dengan banyak cabaran yang menggugat kebahagiaan kita. Apakah yang membantu anda untuk hidup bahagia walaupun dilanda masalah? [Izinkan maklum balas.] Ramai orang hidup bahagia kerana mengikuti nasihat Bible. [Baca Mazmur 119:1, 2.] Sesetengah orang menganggap Bible sebagai buku orang Barat. Tetapi perhatikan bahagian ini. [Bincang perenggan 16 pada muka surat 17.] Brosur ini menerangkan bagaimana kita boleh mencari kedamaian dan kebahagiaan yang berkekalan.”
Cuba cadangan ini: Jika penghuni rumah menerima brosur ini, bacakan tiga ayat pertama dalam perenggan 18, pada muka surat 17 dan kata: “Pada kunjungan yang seterusnya, saya ingin berkongsi dengan anda harapan Bible tentang apa yang bakal kita nikmati.” Semasa anda kembali, bincang salah satu isi di perenggan 6, pada muka surat 30.