Cadangan Penyampaian
Untuk Memulakan Pembelajaran Bible pada Hari Sabtu Pertama Bulan Oktober
“Dewasa ini, keluarga menghadapi pelbagai cabaran. Pada pendapat anda, dari manakah kita dapat mencari bimbingan untuk mengekalkan kebahagiaan keluarga?” Izinkan maklum balas. Kemudian tunjukkan Pelajaran 8 dalam brosur Dikehendaki kepada penghuni rumah, dan bincangkan salah satu soalan yang menarik minatnya. Tawarkan brosur itu, dan buat temu janji untuk menjawab soalan seterusnya.
Bible—Apakah Mesejnya?
“Semasa membuat keputusan penting, dari manakah kita boleh mendapatkan nasihat yang boleh dipercayai? [Izinkan maklum balas.] Lihatlah apa yang dikatakan oleh Pencipta kita di Mazmur 32:8. Bible mengandungi nasihat yang praktikal untuk orang dari pelbagai lapisan masyarakat, namun ramai tidak mengetahuinya. Brosur ini dapat membantu anda untuk mengenal Bible dan tujuan Tuhan bagi kita.” Tawarkan brosur itu dan buat temu janji untuk kembali.