Cadangan Penyampaian
Untuk Memulakan Pembelajaran Bible pada Oktober dengan Brosur Roh Orang Mati
Kunjungan Pertama:
“Ada yang percaya bahawa malaikat dan roh-roh jahat mempengaruhi hidup kita. Apa pendapat anda? [Izinkan maklum balas.] Adakah kebanyakan orang rasa takut atau berminat dengan topik malaikat dan roh-roh jahat? [Izinkan maklum balas.] Mereka berasal dari mana? [Izinkan maklum balas.] Bible berkata bahawa Tuhan menciptakan malaikat.” Baca Ibrani 1:7. Buka ke muka surat 7 dan bincangkan satu atau dua perenggan. Lalu tanya, “Jika Tuhan menciptakan malaikat, roh-roh jahat pula berasal dari mana?” Buat aturan untuk kembali selepas beberapa hari bagi menjawab soalan ini.
Kunjungan Kembali:
“Hari itu, kita belajar bahawa Tuhan menciptakan malaikat, tapi roh-roh jahat berasal dari mana?” Buka ke muka surat 4 dan bincangkan rencana itu. Buktikan bahawa roh-roh jahat bukan orang yang pernah hidup dan mati di bumi. Buat aturan untuk meneruskan perbincangan pada lain hari dengan tujuan menawarkan buku Ajaran Bible.