Kita Kerja Tanpa Berhenti-henti
1. Bagaimanakah penginjil abad pertama bekerja tanpa berhenti-henti?
1 Penginjil abad pertama bersemangat memberitakan khabar baik tanpa “berhenti-henti” di mana sahaja orang berada. (Kis. 5:42) Maka semasa menginjil dari rumah ke rumah, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk memberi kesaksian kepada sesiapa pun yang berlalu di situ. Setelah penyebaran, mereka juga tidak melepaskan peluang yang ada untuk memberi kesaksian tidak formal semasa di pasar. Seperti Yesus, mereka bekerja tanpa berhenti-henti—Mrk. 6:31-34.
2. Apakah maksudnya menyandang nama Saksi-Saksi Yehuwa?
2 Sentiasa Bersedia: Nama Saksi-Saksi Yehuwa yang kita sandang bukan sekadar menggambarkan apa yang kita lakukan tetapi juga menunjukkan siapa kita sebenarnya. (Yes. 43:10-12) Jadi kita sentiasa bersedia menjelaskan harapan kita, biarpun semasa kita tidak menyebar dari rumah ke rumah. (1 Ptr. 3:15) Adakah anda berfikir terlebih dahulu situasi yang membolehkan anda untuk memberi kesaksian tidak formal dan kemudian memikirkan penyampaian anda? Adakah anda membawa bahan bacaan untuk mereka yang berminat? (Ams. 21:5) Adakah anda sekadar menginjil dari rumah ke rumah atau jika keadaan mengizinkan, adakah anda juga akan memberitakan khabar baik di tempat lain?
3. Mengapakah penting juga untuk melakukan kesaksian di tempat awam seperti di tempat letak kereta, taman, pusat perniagaan dan sebagainya?
3 Kesaksian “Umum”: Kita membuat kesaksian di tempat awam seperti di tempat letak kereta, taman, pusat perniagaan dan sebagainya. Adakah usaha sedemikian adalah suatu pilihan, bukan suatu kebiasaan atau kelaziman? Rasul Paulus mengatakan bahawa dia menginjil di ‘tempat awam’ dan dari rumah ke rumah. (Kis. 20:20) Sememangnya aktiviti penyebaran dari rumah ke rumah masih merupakan cara utama untuk mencapai orang dengan mesej Kerajaan Tuhan. Namun, penginjil abad pertama memberi tumpuan kepada orang dan bukannya rumah. Mereka mengambil setiap kesempatan yang ada untuk menyebarkan kebenaran—tempat awam, kesaksian tidak formal dan dari rumah ke rumah. Semoga kita juga memiliki pandangan yang serupa untuk menjalankan kewajipan penginjilan dengan sebaik-baiknya.—2 Tim. 4:5.