Saksi-Saksi Yehuwa—Beraksi dengan Iman, Bahagian 1: Keluar daripada Kegelapan
Di dalam Bible, cahaya dikaitkan dengan kebenaran manakala kegelapan dikaitkan dengan kepalsuan. (Mzm. 43:3; Yes. 5:20) Syaitan telah memperkenalkan kegelapan kepada dunia ketika memperdayakan Hawa. Akhirnya, seluruh umat manusia dibelenggu kegelapan. (Why. 12:9) Video “Saksi-Saksi Yehuwa—Beraksi dengan Iman, Bahagian 1: Keluar daripada Kegelapan” (Jehovah’s Witnesses—Faith in Action, Part 1: Out of Darkness) menerangkan bagaimana cahaya rohani mula bersinar daripada kegelapan. (Yes. 60:1, 2) Selepas menonton video ini, bolehkah anda menjawab soalan-soalan berikut?
(1) Selepas kematian para rasul, bagaimanakah kegelapan mula berkembang? (2) Pada awal tahun 1100-an, apakah peristiwa-peristiwa yang membuat orang sedar bahawa gereja-gereja tidak mengajar kebenaran? (3) Apakah yang kita ketahui tentang Henry Grew dan George Storrs? (4) Apakah peristiwa-peristiwa yang telah memberi kesan yang mendalam ke atas kehidupan Charles Russell? (5) Bagaimanakah Saudara Russell bersama ayahnya dan beberapa rakannya mengadakan kelas pembelajaran Bible? Apakah kebenaran-kebenaran Bible yang telah mereka temui? (6) Mengapakah kumpulan pembelajaran Bible ini bergabung dengan kumpulan Nelson Barbour? Kemudian, apakah yang menyebabkan Saudara Russell menarik diri? (7) Apakah yang berlaku pada bulan Julai 1879 yang menandakan era baru rohani mula menyingsing? (8) Setelah itu, apakah yang dilakukan oleh Pelajar Bible yang semakin bertambah untuk menyebarkan berita baik? (9) Apakah yang dijangkakan oleh Pelajar Bible lama sebelum tahun 1914? (10) Nyatakan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Pelajar Bible selepas kematian Saudara Russell. (11) Apakah yang dilakukan oleh Pelajar Bible selepas Saudara Rutherford dan rakan-rakannya dibebaskan dari penjara? (12) Selepas menonton video ini, bagaimanakah anda dibantu untuk meningkatkan pemahaman dan penghargaan terhadap organisasi Yehuwa? (13) Bagaimanakah video ini menguatkan keazaman anda untuk terus menginjil dengan bersungguh-sungguh biarpun berdepan dengan halangan? (14) Bagaimanakah video ini dapat membantu sanak saudara, pelajar Bible, dan orang lain?
Betapa bernilainya warisan rohani yang telah ditinggalkan oleh Pelajar Bible masa awal untuk kita! Di dalam dunia yang dibelenggu kegelapan, mereka adalah pembawa cahaya yang berani dan bersemangat. Semoga kita meniru teladan mereka dan menjadi “seperti orang yang hidup dalam cahaya.”—Ef. 5:8.