Saksi-Saksi Yehuwa—Beraksi dengan Iman, Bahagian 2: Biarlah Cahaya Bersinar
Selepas Saudara Rutherford dan rakan-rakannya dibebaskan dari penjara pada tahun 1919, para Pelajar Bible memiliki banyak kerja untuk dilakukan. Seperti yang ditunjukkan dalam video “Saksi-Saksi Yehuwa—Beraksi dengan Iman, Bahagian 2: Biarlah Cahaya Bersinar” (Jehovah’s Witnesses—Faith in Action, Part 2: Let the Light Shine), para Pelajar Bible menghadapi banyak tentangan, pemahaman mereka akan ayat-ayat Bible terus bertambah, dan iman mereka dimurnikan. (Ams. 4:18; Mal. 3:1-3; Yoh. 15:20) Selepas menonton video ini, jawablah soalan-soalan berikut.
(1) Apakah cara-cara yang digunakan oleh Pelajar Bible untuk menghebahkan berita baik? (2) Apakah yang diumumkan di konvensyen pada tahun 1931 dan 1935? (3) Apakah maklumat penting yang dibincangkan di majalah pembelajaran terbitan 1 November 1939? (4) Gambarkan kejadian di Madison Square Garden sewaktu Saudara Rutherford menyampaikan ceramah “Pemerintah dan Kedamaian.” (5) Mengapakah ceramah Saudara Knorr “Kedamaian—Bolehkah Bertahan?” amat menarik? (6) Untuk memajukan aktiviti penyebaran, apakah rancangan yang dibuat oleh Saksi-Saksi Yehuwa pada tahun 1942? (7) Ceritakan beberapa perjuangan perundangan di Amerika Syarikat, Kanada, dan Greece. (8) Apakah sumbangan Sekolah Gilead kepada perkembangan aktiviti penyebaran? (9) Apakah kerja penting yang bermula pada tahun 1946, dan mengapa? (10) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Saksi-Saksi Yehuwa untuk memastikan agar tingkah laku mereka seiring dengan piawaian Bible? (11) Jelaskan beberapa perubahan yang dilakukan oleh organisasi Yehuwa pada tahun 1970-an agar dapat mengikut corak Bible dengan lebih teliti? (12) Bagaimanakah video ini membantu anda untuk sedar bahawa ini ialah organisasi Yehuwa yang dibimbing sepenuhnya oleh-Nya? (13) Bagaimanakah video ini memperkuat tekad anda untuk terus bersungguh-sungguh dalam aktiviti penyebaran walaupun menghadapi tentangan? (14) Bagaimanakah kita boleh menggunakan video ini untuk membantu saudara-mara, pelajar Bible kita, dan orang lain?
Setiap hari, lembaran baru dalam sejarah Saksi-Saksi Yehuwa dicatatkan. Apakah yang akan dicatatkan tentang usaha kita dalam kerja penyebaran? Seperti yang dilakukan oleh saudara-saudara kita pada masa lalu, semoga kita terus bersungguh-sungguh untuk membiarkan cahaya bersinar!—2 Kor. 4:6.