Laman Web Rasmi Kita—Gunakannya untuk Membantu Orang yang Menuturkan Bahasa Lain
Tunjukkan Laman Web Kita: Tunjukkan bagaimana dia boleh menggunakan “Bahasa Laman Web” untuk melihat laman Web dalam bahasanya. (Sesetengah bahasa tidak mempunyai laman Web yang lengkap.)
Tunjukkan Satu Halaman dalam Bahasanya: Tunjukkan satu halaman daripada bahan bacaan kita, seperti buku Ajaran Bible atau risalah Mengetahui Kebenaran. Pilih bahasa penghuni rumah daripada “Baca Dalam.”
Mainkan Rakaman Audio: Cari rencana yang mempunyai rakaman audio dalam bahasa penghuni rumah, dan mainkan untuknya. Jika anda sedang belajar bahasa lain dan ingin membuat kemajuan, dengarlah rakaman audio dalam bahasa itu seraya anda mengikuti pembacaannya.—Klik “Bahan Bacaan/Buku dan Brosur” atau “Bahan Bacaan/Majalah.”
Menginjil kepada Orang Pekak: Jika anda menjumpai orang pekak, tunjukkan satu bab daripada Bible, buku, brosur, atau risalah kita yang disediakan dalam video bahasa isyarat.—Klik “Bahan Bacaan/Bahasa Isyarat.”
[Gambar pada muka surat 6]
(Sila lihat bahan bacaan untuk keterangan lengkap)
Cubalah
1 Klik untuk mainkan rakaman audio (jika ada dalam bahasa anda) atau klik salah satu butang “Pilihan Muat Turun” untuk memuat turun bahan bacaan itu.
2 Pilih bahasa lain daripada “Baca Dalam” untuk melihat halaman ini dalam bahasa itu.
3 Klik “Seterusnya” atau pautan dalam “Kandungan” untuk membaca rencana atau bab lain.