Kempen untuk Menghebahkan Sambutan Peringatan Bermula 1 Mac
1. Bilakah kita akan memulakan kempen untuk menghebahkan Peringatan? Mengapakah kempen tahun ini dilanjutkan?
1 Pada hari Jumaat, 1 Mac, kita akan memulakan kempen tahunan untuk menjemput orang lain menghadiri Peringatan bersama kita. Sambutan Peringatan jatuh pada 26 Mac. Ertinya, tempoh untuk kempen tahun ini telah pun dilanjutkan. Hal ini memberi lebih ramai orang peluang untuk menerima jemputan, terutamanya jika sidang mempunyai kawasan penyebaran yang luas.
2. Bagaimanakah kita boleh mendapatkan surat jemputan dan meliputi kawasan penyebaran?
2 Membuat Aturan: Para penatua akan memberikan arahan tentang cara meliputi kawasan penyebaran, dan menentukan sama ada jemputan harus ditinggalkan untuk penghuni yang tiada di rumah. Setelah meliputi kawasan penyebaran dari rumah ke rumah, kita boleh mengedarkan baki jemputan melalui kesaksian di tempat awam. Penyelia aktiviti penyebaran akan memastikan surat jemputan yang lengkap dengan alamat dan masa diletakkan di kaunter bahan bacaan untuk diambil oleh para penyiar. Namun, jangan letak semua jemputan sekali gus. Kita harus mengambil jumlah yang diperlukan sahaja setiap minggu.
3. Apakah yang harus kita ingat semasa menawarkan jemputan?
3 Apakah yang Boleh Dikatakan? Berikanlah penyampaian yang ringkas agar dapat menjemput sebanyak orang yang mungkin. Terdapat cadangan di muka surat 8 yang boleh disesuaikan dengan kawasan kita. Janganlah tergesa-gesa untuk beredar jika penghuni rumah bersikap mesra atau menanyakan soalan. Pada hujung minggu, kita patut menawarkan bahan bacaan bersama dengan jemputan jika sesuai. Pada 2 Mac, kita akan bertumpu pada usaha mengedarkan jemputan, dan bukannya memulakan pembelajaran Bible.
4. Mengapakah kita patut menyertai kempen ini dengan bersemangat?
4 Kita berharap ramai orang akan menghadiri Peringatan bersama kita. Ceramah yang akan disampaikan menjelaskan siapa sebenarnya Yesus. (1 Kor. 11:26) Kita akan belajar bagaimana kematiannya membantu kita. (Rm. 6:23) Kita juga akan tahu mengapa kita patut mengingatinya. (Yoh. 17:3) Semoga kita menyertai kempen ini dengan bersemangat!