Mengedarkan Berita Kerajaan Tuhan No. 38 pada Disember!
1. Apakah soalan yang timbul mengenai orang yang telah mati? Bagaimanakah soalan ini dijawab pada Disember?
1 Kematian merupakan musuh semua orang tidak kira apa kepercayaan mereka. (1 Kor. 15:26) Ramai tertanya-tanya, “Di manakah orang yang telah mati? Bolehkah kita berjumpa dengan mereka lagi?” Oleh itu, sidang di seluruh dunia akan mengambil bahagian selama satu bulan untuk mengedarkan Berita Kerajaan Tuhan No. 38, bertajuk “Bolehkah Orang Mati Hidup Semula?” Kempen istimewa ini akan bermula pada 1 Disember. Selepas itu, Berita Kerajaan Tuhan No. 38 akan digunakan sebagai risalah dalam aktiviti penyebaran.
2. Bagaimanakah Berita Kerajaan Tuhan No. 38 direka?
2 Reka Bentuknya: Berita Kerajaan Tuhan No. 38 direka supaya boleh dilipat memanjang dan tajuknya yang menarik minat serta kata-kata “Adakah anda menjawab . . . ya? tidak? mungkin?” tertera di muka hadapan. Semasa pembaca membuka Berita Kerajaan Tuhan, dia akan melihat jawapan Bible dan bagaimana Bible dapat membantunya. Dia juga akan melihat sebab untuk mempercayai Bible. Terdapat satu soalan menarik di halaman belakang Berita Kerajaan Tuhan untuk difikirkan serta jemputan untuk belajar lebih banyak.
3. Apakah aturan untuk mengedarkan Berita Kerajaan Tuhan No. 38?
3 Aturan untuk Pengedaran: Kempen ini sama seperti kempen untuk mengedarkan surat jemputan Peringatan dan konvensyen distrik. Para penatua akan memberi arahan bagi meliputi kawasan penyebaran tempatan selaras dengan surat bertarikh 1 April 2013 yang diterima. Sidang yang memiliki kawasan penyebaran terhad boleh menawarkan bantuan kepada sidang terdekat yang mempunyai kawasan penyebaran yang luas. Sewaktu mendapatkan Berita Kerajaan Tuhan No. 38, ambil jumlah yang anda perlukan untuk setiap minggu sahaja. Sewaktu kempen berlangsung, Berita Kerajaan Tuhan boleh diedarkan melalui kesaksian di tempat awam jika semua kawasan penyebaran rumah ke rumah telah diliputi. Jika semua Berita Kerajaan Tuhan telah ditawarkan, risalah dan brosur boleh digunakan. Pada hujung minggu, kita patut menawarkan risalah dan brosur jika sesuai. Adakah anda merancang untuk bergiat sepenuhnya dalam kempen istimewa ini?