PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 1/14 ms. 2
  • Janganlah Berdiam Diri

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Janganlah Berdiam Diri
  • Kerja Teokratik Kita—2014
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jadilah Pembantu yang Baik Semasa Menjalankan Kerja Penyebaran
    Kerja Teokratik Kita—2010
  • Menggalakkan Satu Sama Lain semasa Menjalankan Aktiviti Penyebaran
    Kerja Teokratik Kita—2008
  • Tetap Bersemangat dalam Aktiviti Penyebaran
    Menara Pengawal—2015
  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menjadi Rakan Menginjil yang Baik
    Kerja Teokratik Kita—2014
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2014
km 1/14 ms. 2

Janganlah Berdiam Diri

1. Bagaimanakah kita boleh meniru sikap rasul Paulus semasa menjalankan aktiviti penyebaran dengan penyiar lain?

1 Rasul Paulus menganggap masa yang diluangkan bersama rakan seimannya sebagai peluang untuk saling “menguatkan.” (Rm. 1:12) Semasa menjalankan aktiviti penyebaran, adakah anda mengambil peluang untuk menggalakkan dan membantu teman menginjil anda? Daripada berdiam diri sahaja, bolehkah anda kongsikan apa yang telah membantu anda menjadi penyiar yang efektif?

2. Apakah yang boleh kita lakukan untuk menguatkan keyakinan teman menginjil kita? Mengapakah hal ini penting?

2 Bina Keyakinan: Sesetengah penyiar berasa kurang yakin dan hal ini dapat diperhatikan melalui raut wajah atau nada suara mereka. Kita boleh menguatkan keyakinan mereka melalui pujian yang ikhlas. Apakah cara lain untuk bina keyakinan mereka? Seorang penyelia lawatan menceritakan kepada teman menginjilnya tentang perasaan takut yang dia lalui dan bagaimana dia sentiasa berdoa untuk mengatasi perasaan itu. Seorang lagi saudara yang dibantu menunjukkan keyakinan berkata, “Senyumlah dahulu. Ada kalanya saya perlu berdoa memohon bantuan supaya saya dapat memberikan senyuman.” Apakah yang telah membantu anda untuk lebih yakin dalam aktiviti penyebaran? Kongsilah dengan teman menginjil anda.

3. Apakah yang boleh kita kongsikan agar teman menginjil kita dapat lebih efektif dalam aktiviti penyebarannya?

3 Kongsi Caranya: Pernahkah anda menggunakan kata-kata pembukaan, soalan yang mudah, atau menyebut tentang peristiwa yang berlaku di kawasan tempatan anda? Adakah cara ini berkesan untuk memulakan perbualan? Pernahkah anda menikmati hasil yang baik apabila menyesuaikan cadangan penyampaian berdasarkan keperluan tempatan? Beritahulah teman menginjil anda. (Ams. 27:17) Dalam perjalanan untuk membuat kunjungan kembali, beritahulah mengapa dan bagaimana anda ingin melakukan kunjungan itu. Selepas pembelajaran Bible, anda boleh jelaskan mengapa anda memilih suatu isi, ayat Bible, atau cara mengajar tertentu yang sesuai dengan keperluan pelajar.

4. Mengapakah kita harus berminat untuk membantu para penginjil yang lain?

4 Penginjil abad pertama bukan sahaja berminat untuk membantu mereka yang tidak seiman. Mereka juga menyedari kepentingan untuk menggalakkan dan menguatkan satu sama lain. (Kis. 11:23; 15:32) Rasul Paulus melatih dan menggalakkan Timotius untuk berkongsi dengan orang lain tentang apa yang telah dia belajar. (2 Tim. 2:2) Jika kita selalu berbuat baik kepada rakan seiman semasa aktiviti penyebaran, kita bukan sahaja meningkatkan sukacita dan keberkesanan mereka, tetapi juga menyenangkan Bapa kita yang di syurga.​—Ibr. 13:15, 16.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi