Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menjadi Rakan Menginjil yang Baik
Mengapa Penting: Yesus tahu bahawa rakan menginjil sangat penting. Jadi, dia mengutus 70 orang muridnya secara berpasangan untuk mendahuluinya dan pergi menginjil. (Luk. 10:1) Seorang rakan dapat membantu jika penyiar lain menghadapi situasi mencabar atau tidak pasti cara menjawab soalan penghuni. (Pkh. 4:9, 10) Kadangkala, dia boleh kongsi pengalamannya dan beri cadangan yang dapat membantu penyiar itu menjadi lebih mahir. (Ams. 27:17) Semasa aktiviti penyebaran, dia juga boleh memberikan galakan melalui perbualan yang membina.—Flp. 4:8.
Caranya:
• Beri perhatian semasa rakan anda memberikan kesaksian. (Yak. 1:19) Jika dia membaca ayat Bible, ikuti pembacaannya dalam Bible anda. Dengan itu, anda dapat memberikan bantuan yang diperlukan.
• Gunakan pertimbangan yang baik bagi menentukan bila anda patut menyertai perbualan tersebut. (Ams. 25:11) Jika anda menemani penyiar lain semasa pembelajaran Bible, komen yang anda berikan sekali-sekala akan dihargai. Namun, semasa menginjil dari rumah ke rumah, berilah peluang kepada rakan menginjil anda apabila tiba gilirannya untuk bercakap. Jika dia penyiar baru atau tidak pasti cara menjawab soalan atau bantahan, dia tentu menghargai bantuan anda. Tetapi, tidak kira anda menemani seorang penyiar untuk menginjil dari rumah ke rumah, membuat kunjungan kembali, atau pembelajaran Bible, janganlah mencelah, mengambil alih atau memulakan topik perbualan yang lain.
• Kongsilah pengalaman anda. Jangan teragak-agak memberikan cadangan kepada penyiar yang menginjil bersama anda agar dia menjadi lebih mahir dalam kerja penyebaran. (Ams. 3:27) Jika sesuai, anda boleh kata, “Apakah pendapat kamu tentang penyampaian tadi?” atau “Bolehkah saya berikan satu cadangan?” atau “Inilah yang saya cuba lakukan.” Ingatlah bahawa cadangan yang diberikan sekali-sekala memang dihargai, tetapi orang akan tawar hati jika kita menyebutkan setiap kesilapan mereka.
Cubalah Bulan Ini:
• Selepas menginjil bersama penyiar lain, beritahulah bagaimana kata-kata atau tindakannya telah menjadikan dia seorang rakan menginjil yang baik.