Cadangan Penyampaian
Memulakan Pembelajaran Bible pada Sabtu Pertama Mei
“Pada pendapat anda, dapatkah kita mengetahui apa yang akan Yesus lakukan pada masa depan? [Izinkan maklum balas.] Perhatikan apa yang Bible katakan. [Baca Mazmur 72:8, 13.] Sebagai Raja di syurga, Yesus akan memerintah manusia. Dia akan membawa keamanan dan melenyapkan penderitaan. Apa lagi yang akan dia lakukan? [Baca Yohanes 5:26-29.] Dia akan membangkitkan orang yang telah mati. Tetapi, kita perlu tahu terlebih dahulu apa yang sedang dia lakukan. Adakah Bible memberitahu kita apa yang sedang Yesus lakukan?” [Izinkan maklum balas.] Tawarkan majalah dan tunjukkan soalan kedua di muka belakang. Buat aturan untuk kembali bagi membincangkan jawapannya.
Majalah Umum—April hingga Jun
“Ramai orang ingin tahu jawapan kepada soalan, ‘Adakah Tuhan ingin manusia berdoa kepada-Nya?’ Apakah pendapat anda? [Izinkan maklum balas.] Yesus mengajar kita cara berdoa kepada Bapanya. Mengapa? [Baca Yakobus 4:8.] Jika kita selalu berdoa, kita menjadi lebih rapat dengan Tuhan. Apakah cara lain untuk menghampiri Tuhan?” Tawarkan majalah kepada penghuni rumah. Buat aturan untuk kembali dalam masa terdekat bagi membincangkan jawapan kepada soalan tersebut.
Cadangan bagi Kunjungan Kembali:
Gunakan brosur “Berita Baik daripada Tuhan” dan bincangkan pelajaran 12, soalan 4. Buatlah persediaan untuk menjawab kerana penghuni rumah mungkin menanyakan soalan lain daripada pelajaran tersebut.