Cadangan Penyampaian
Memulakan Pembelajaran Bible pada Sabtu Pertama Jun
“Pada pendapat anda, dapatkah kita mengetahui tentang apa yang sedang Yesus lakukan? [Izinkan maklum balas.] Di manakah kita boleh mendapatkan jawapannya? [Izinkan maklum balas.] Perhatikan apa yang Bible katakan.” [Baca Matius 28:18-20.] Selepas itu, baca jawapan bagi soalan kedua dalam rencana “Jawapan Bible” yang terdapat di muka belakang majalah umum April hingga Jun. Jika penghuni rumah tidak sibuk, bincangkan salah satu ayat Bible dalam jawapan itu. Kemudian, tanya penghuni rumah, “Apakah yang akan Yesus lakukan pada masa depan?” Tunjukkan soalan pertama dan buat aturan untuk kembali bagi membincangkan jawapannya.
Cadangan bagi Kunjungan Kembali:
Bincangkan jawapan bagi soalan “Apakah yang akan Yesus lakukan pada masa depan?” Kemudian, tawarkan buku Ajaran Bible jika sesuai dan tanya sama ada dia ingin tahu jawapan bagi salah satu soalan pengenalan dari bab 8, “Apakah Itu Kerajaan Tuhan?”
Majalah Umum—April hingga Jun
“Mengapakah orang berdoa? [Tunjukkan gambar pada muka surat 3. Izinkan maklum balas.] Bagaimanakah kita boleh yakin bahawa Tuhan mendengar doa kita? [Baca Lukas 11:9, 13.] Kita perlu terus menunjukkan iman kepada Bapa kita yang di Syurga.” Tawarkan majalah dan buat aturan untuk kembali.
Cadangan bagi Kunjungan Kembali:
Gunakan brosur “Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya.” Bincangkan isi-isi pada muka surat 25, di bawah tajuk “Adakah Yehuwa Mendengar Doa Kita?”