PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 11/14 ms. 2
  • Kaedah Baru bagi Kesaksian di Tempat Awam

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kaedah Baru bagi Kesaksian di Tempat Awam
  • Kerja Teokratik Kita—2014
  • Bahan yang Berkaitan
  • Aturan Baru untuk Kesaksian di Tempat Awam
    Kerja Teokratik Kita—2013
  • Cara Melakukan Kesaksian Awam
    Kerja Teokratik Kita—2015
  • Kesaksian Tidak Formal yang Berkesan
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • Gunakanlah Masa Anda dengan Sebaik-baiknya
    Kerja Teokratik Kita—2015
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2014
km 11/14 ms. 2

Kaedah Baru bagi Kesaksian di Tempat Awam

1. Jika terdapat kawasan yang ramai orang, apakah yang dapat diaturkan oleh sidang?

1 Sidang boleh mengaturkan kesaksian awam di kawasan yang ramai orang. Meja pameran atau rak mudah alih boleh digunakan semasa melakukan kesaksian awam. Jika rak mudah alih digunakan, sekurang-kurangnya seorang penyiar harus berdiri atau duduk di sebelah rak itu. Jika meja pameran digunakan, dua orang penyiar harus berada di situ. Penyiar harus bersikap ramah. Jika seseorang menghampiri pameran itu, penyiar boleh berkata, “Tahukah anda apa pandangan Bible tentang hal ini?” Satu atau dua orang penyiar yang lain boleh memberikan kesaksian tidak formal berdekatan dengan pameran.

2. Apakah manfaatnya mempamerkan bahan bacaan kita semasa kesaksian awam? Ceritakan pengalaman.

2 Melalui kaedah ini, banyak pembelajaran Bible dimulakan. Seorang pelajar kolej ingin menulis laporan mengenai Saksi-Saksi Yehuwa, tetapi dia tidak dapat mencari Dewan Perjumpaan. Pada minggu yang seterusnya, dia menemui meja pameran di kampusnya. Pembelajaran Bible telah dimulakan. Kini, dia ialah penyiar yang dibaptis dan dia juga menyertai kesaksian awam.

3. Apakah komen beberapa Saksi tentang aturan kesaksian awam?

3 Seorang saudari berkata, “Sesetengah orang datang ke pameran untuk ambil majalah terkini. Yang lain pula tidak pernah mendengar tentang Saksi-Saksi Yehuwa. Melalui kaedah ini, ramai orang dapat dicapai.” Seorang saudari lain pula berkata, “Kaedah ini sangat menarik kerana orang datang kepada anda. Sekurang-kurangnya kita menarik perhatian orang walaupun mereka tidak berminat.”

4. Mengapakah kita digalakkan untuk meletakkan pameran di tempat yang sama, serta pada hari dan masa yang sama setiap minggu?

4 Kita digalakkan untuk meletakkan pameran di tempat yang sama, serta pada hari dan masa yang sama setiap minggu. Apabila orang selalu melihat pameran kita, mereka mungkin tergerak untuk menanyakan soalan atau mendapatkan bahan bacaan. Adakah sidang anda mengaturkan kesaksian awam? Jika ya, penglibatan anda dalam kerja ‘mengkhabarkan berita’ tentang Kerajaan Tuhan pasti membawa hasil yang berlimpah-limpah.—Luk. 9:60.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi