Sudahkah Anda Membuat Persediaan untuk Peringatan?
Pada malam 13 Nisan, 33 M, Yesus merayakan Paska yang terakhir dengan para pengikutnya sebelum dia dihukum mati. Dia juga mengasaskan Perjamuan Malam Tuan pada hari itu. Peristiwa itu amat penting. Maka, Yesus mengutus Petrus dan Yohanes untuk membuat persediaan yang rapi. (Luk. 22:7-13) Sejak itu, orang Kristian perlu membuat persediaan untuk sambutan Peringatan yang diadakan setiap tahun. (Luk. 22:19) Apakah persediaan yang harus kita lakukan menjelang sambutan Peringatan pada 3 April?
Tanggungjawab Penyiar:
Buatlah aturan agar anda dapat lebih giat dalam kempen mengedarkan surat jemputan Peringatan.
Senaraikan pelajar Bible, saudara-mara, rakan sekolah, rakan sekerja, dan kenalan lain anda. Kemudian, jemputlah mereka.
Bacalah dan renungkan pembacaan Bible sempena Peringatan.
Semasa malam Peringatan, ambillah inisiatif untuk mengalu-alukan para tetamu.