Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menginjil kepada Orang yang Berbahasa Asing
Mengapa Penting: Yehuwa prihatin terhadap kerohanian orang “daripada bangsa apa pun.” (Kis. 10:34, 35) Oleh itu, Yesus berkata bahawa berita baik akan disebarkan ke ‘seluruh bumi kepada semua bangsa.’ (Mat. 24:14) Zakharia juga menubuatkan bahawa orang daripada pelbagai bangsa dan bahasa akan mendengar berita baik. (Za. 8:23) Menurut penglihatan Yohanes, orang “daripada setiap bangsa, suku, kaum, dan bahasa” akan mengharungi kesengsaraan besar. (Why. 7:9, 13, 14) Maka, kita harus berusaha menginjil kepada orang yang berbahasa asing di kawasan penyebaran kita.
Cubalah Bulan Ini:
Semasa Penyembahan Keluarga yang seterusnya, adakan sesi latihan tentang cara menginjil kepada orang yang berbahasa asing.