KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Berusaha Mencapai Semua Orang
MENGAPA PENTING: Zakharia menubuatkan bahawa orang daripada pelbagai bangsa dan bahasa akan mendengar berita baik. (Za 8:23) Tetapi siapakah yang akan mengajar mereka? (Rm 10:13-15) Kita mempunyai penghormatan istimewa dan tanggungjawab untuk mengisytiharkan berita baik kepada semua orang di kawasan penyebaran kita.—od-E 84 per. 10-11.
CARANYA:
Buatlah persediaan. Gunakanlah aplikasi JW Language untuk belajar penyampaian yang ringkas jika terdapat orang yang berbahasa asing di kawasan penyebaran anda. Anda juga boleh menunjukkan kepadanya cara untuk mencari maklumat dalam bahasanya di jw.org
Sentiasa peka. Semasa menginjil dari rumah ke rumah, kita harus peka kepada peluang lain untuk mengongsi berita baik. Kita boleh bercakap kepada orang yang lalu-lalang atau yang sedang menunggu di dalam kereta. Semasa melakukan kesaksian awam, ingatlah akan matlamat utama anda, iaitu untuk memberikan kesaksian
Bersikap tekun. Jika tiada orang di rumah, cubalah mengunjungi rumah itu pada hari atau masa yang lain. Barangkali, sesetengah orang hanya dapat dihubungi melalui surat, telefon, atau kesaksian di tempat awam
Buatlah kunjungan kembali. Sekiranya ada orang yang berminat, berusahalah untuk kembali secepat mungkin. Jika dia bertutur dalam bahasa lain, carilah seseorang yang dapat bertutur dalam bahasanya. Anda patut terus membantunya sehingga penyiar yang bertutur dalam bahasanya mengunjunginya.—od-E 94 per. 39-40
SILA LIHAT VIDEO MENGINJIL “SAMPAI KE HUJUNG BUMI.” KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Apakah persediaan yang dilakukan oleh saudara saudari yang ingin menginjil di kawasan yang terpencil? (1Ko 9:22, 23)
Apakah cabaran yang perlu diatasi oleh mereka?
Apakah berkat yang diraih oleh mereka?
Apakah yang dapat anda lakukan untuk mencapai lebih banyak orang di kawasan penyebaran anda?