KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Jemputlah Semua untuk Menghadiri Sambutan Peringatan!
Bermula 27 Februari, kita akan mengadakan kempen untuk menjemput seramai yang mungkin untuk menghadiri Peringatan kematian Kristus. Jika ada orang yang berminat, ingatlah untuk kembali dan pupuk minat mereka.
LANGKAH-LANGKAH
SAMPAIKAN PENYAMPAIAN ANDA
“Kami sedang mengedarkan jemputan bagi satu acara yang penting. Pada 23 Mac, jutaan orang di serata dunia akan berkumpul untuk memperingati kematian Yesus Kristus. Kita akan mendengar ceramah tentang kematian Yesus dan manfaatnya bagi kita. Masa dan tempatnya ada dalam jemputan ini. Sila datang.”
Jika seseorang berminat . . .
TAWARKAN MENARA PENGAWAL
Sediakan asas untuk kunjungan kembali.
TUNJUKKAN VIDEO SAMBUTAN PERINGATAN
Sediakan asas untuk kunjungan kembali.
Semasa anda kembali, anda boleh . . .
TUNJUKKAN MENGAPA BELAJAR BIBLE?
Kemudian, tawarkan bahan untuk pembelajaran Bible.
TAWARKAN APAKAH SEBENARNYA AJARAN BIBLE?
Jelaskan tentang Peringatan pada muka surat 236-238. Kemudian, tawarkan buku ini.
TAWARKAN DENGARLAH CAKAP TUHAN
Bincangkan maklumat tentang kematian Yesus pada muka surat 18-19. Kemudian, tawarkan brosur ini.